Posts Tagged ‘video’

Basikal Bukit

// June 15th, 2009 // No Comments » // fotografi

Sekarang ini aku tengah berusaha mewujudkan satu kesatuan pembikin filem yang menjalankan dan merancang xtvt untuk mereka belajar bagaimana mahu membikin filem dengan betul. Jadi salah satu xtvt yang aku rancang adalah pembikin video pendek bersubjek kan penunggang basikal bukit.

memang perit projek ni kerana aku dan rakan kena berjalan sejauh lebih 6 km untuk mendapatkan beberapa foto sebagai rujukan dan kami berjaya mengharunginya dengan semangat untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada lain.

terima kasih kepada mike, hakeem dan faris yang mengikuti sessi recce ini dan juga kepada rider MTB iaitu zain, saiful dan faizal yang membawa kami menjelajah bukit kiara.

insyaallah aku akan shoot cerita ini, dan sekarang sedang merangka struktur cerita yang sesuai. Jadi nantikan projek ini.

kat bawah ni plak teaser video yang disunting oleh hakeem.

Yang Asli…

// February 16th, 2009 // No Comments » // filem

Aku dari mula aku kenal apa itu seni, aku tahu keaslian hanya milik Ar. Rahman sahaja dan apa yang lahir dari minda kreatif manusia fana hanya cebisan keaslian dari Ar-Rahim. Dan aku yakin tiada salah dan betul dalam mencipta sesuatu karya bernama seni.

Antara sedikit asam garam dunia yang kecil ini, tidak ada yang benar dan asli, hanya olahan dari ciptaan yang telah dilihat atau dirasa sebelumnya.

Aku nak ucap tahniah kepada kedua dua penulis dan pengarah video ini kerana berjaya mencipta perasaan kasih dan sayang terhadap manusia.

What Is That?

dan Burung Murai.

yang mana lagi berperasaan?

Transformer II – Revenge of the Fallen

// September 27th, 2008 // No Comments » // coretan, filem

Filem penuh aksi dan penuh dengan kesan khas yang dinanti nantikan akan tiba pada 2009. Transformer II – Revenge of the Fallen menjadi tajuk filem ini.


(more…)

Blog Widget by LinkWithin