Posts Tagged ‘tombot’

kotak cerita

// June 5th, 2010 // No Comments » // coretan

Memang giler dan kalau tak giler pun mesti dah tak center dah otak aku ketika ini. Berperang dalam kepala otak aku memikirkan plot plot menarik untuk projek filem pendek dijjital aku yang terbaru iaitu “Jejak Megat”.

Iya, projek ni adalah kesinambungan dari babak 1 “Sarah Marah” dan kali ini penceritaan yang cuba aku garap memasuki tahap giler kerana pengalaman yang pernah aku lalui cuba aku sulam dalam penceritaan ini, dan kebanyakkan nama nama watak dalam cerita ini begitu dekat dengan kehidupan aku.

Sedikit sebanyak aku cuba kekalkan sifat sifat watak itu dalam rupa mereka yang sebenar, itu pun kalau aku tidak dimasukkan ke Tanjung Rambutan.

Cerita ini berkisarkan MEGAT seorang pegawai perisik yang diperkenalkan di hujung cerita “Sarah Marah” sebagai penyelamat SARAH (kepada sesiapa yang cuba tahu siapa Sarah, cuba cari video “Sarah Marah” kat youtube) berkahwin dengan Sarah dan mempunyai seorang anak. Mendapat tugasan khas untuk menjejak penjenayah terkenal BORON (juga diperkenalkan dalam cerita “Sarah Marah”) dan bertemu kembali dengan TOMBOT (juga diperkenalkan dalam cerita “Sarah Marah”), rakan karibnya ketika kecil.

bagi aku yang membaca kisar cerita ini, nampak mudah sahaja plotnya, tapi aku sedang cuba memikirkan hubungan dan sejarah watak watak yang bakal menjadi permasalahan dalam kesemua kompilasi filem pendek dijital aku ini.

Insyaalllah, aku akan berjaya dengan izin dari yang maha bijaksana lagi adil, Amin.

Jejak Megat

// December 14th, 2008 // No Comments » // ceritera

Act I – Act II

Keadaan keliling gelap gelita dan Megat tidak dapat melihat keadaan sekelilingnya. Dalam hatinya, Megat tahu dia akan ditugaskan dengan satu tugas besar. Tiba Tiba sejalur cahaya muncul apabila daun pintu bilik dibuka dan Megat merasakan sakit dan berpinar biji matanya dicucuk cahaya yang masuk itu.

Samar samar Megat melihat 2 susuk tubuh masuk dan membuka lampu yang samar samar menerangi bilik itu. Megat mendapati sebuah meja dihadapanya. Cahaya lampu hanya menerangi meja yang berada didepannya, Megat tidak dapat mengecam 2 susuk tubuh dihadapannya.

Tiba tiba, Megat dikejutkan dengan bunyi sebuah fail yang dilemparkan diatas Meja. Fail itu bertulis sulit dihadapan nya dan mempunyai sil mohor diraja. Ini bermakna fail diatas meja itu adalah fail sulit kerajaan dan ini meyakinkan Megat lagi bahawa dia akan memikul tugas berat dan harus meninggalkan anak bininya.

Tiba tiba salah seorang berbicara dan bertanyakan Megat akan keadaannya. Adakah dia sudah meninggalkan kerja lamanya dan sudah tidak mahu melakukan tugas tugas yang berbahaya. Sementara salah seorang lagi melepaskan gari dari tangan Megat.

(more…)

Jejak Megat

// December 4th, 2008 // 6 Comments » // ceritera

Act I

Disebuah kedai kopi yang menjadi kunjungan pakcik pakcik dan tahi tahi judi sedang berlangsung upacara main tikam. Kegilaan permainan judi ini telah menyebabkan keadaan sekeliling memandang serong terhadap pemilik kedai kopi ini PAK MAT.

Tetapi apakan daya, demi melariskan perniagaan beliau membuka jalan kepada tekong dan tokan menjalankan operasi judi dan penjualan ganja disitu.

MEGAT adalah pengunjung tetap kedai kopi ini. Kiranya kedai kopi ini menjadi rumah kedua Megat dimana sekiranya dia tidak berjudi, dia akan melayan sebalut dua ganja bersama pakcik pakcik pencen sambil melayan permainan catur disitu.

Hari ini Megat agak lewat tiba, ada hal yang ingin diselesaikan diluar manakala didalam kedai kopi upacara seperti biasa cuma ada sesuatu yang luar biasa sedang berlaku. Bekalan ganja bagi pengiat pengiat kawasan tu akan turun dikedai kopi ini, keadaan pengunjung tidak seperti biasa, bak kata pepatah dimana ada semut disitu ada gula.

(more…)

Blog Widget by LinkWithin