Posts Tagged ‘short film’

Filem Pendek Ditayangkan…

// April 10th, 2009 // No Comments » // acara

Sempena Kuala Lumpur International Book Fair, PENA menganjurkan sebuah tayangan.

Iya Tayangan Filem Pendek dengan kerjasama satu sindiket, Iya Sindiket Sol-Jah.

Jangan risau dan pening, kemasukkan percuma, cuma aku tak tahu berapa tempat duduk yang disediakan jadi siapa datang awal, dia dapat duduk.

Oh! lupa kat mana tayangan ni dan bila, maklumat lanjut dibawah.

Tayangan Filem-Filem Pendek (Sempena KLIBF)
anjuran PENA dengan bantuan Soljah
18 April 2009
3-7 petang
Bilik Kedah Johor
PWTC, KL

Yang Asli…

// February 16th, 2009 // No Comments » // filem

Aku dari mula aku kenal apa itu seni, aku tahu keaslian hanya milik Ar. Rahman sahaja dan apa yang lahir dari minda kreatif manusia fana hanya cebisan keaslian dari Ar-Rahim. Dan aku yakin tiada salah dan betul dalam mencipta sesuatu karya bernama seni.

Antara sedikit asam garam dunia yang kecil ini, tidak ada yang benar dan asli, hanya olahan dari ciptaan yang telah dilihat atau dirasa sebelumnya.

Aku nak ucap tahniah kepada kedua dua penulis dan pengarah video ini kerana berjaya mencipta perasaan kasih dan sayang terhadap manusia.

What Is That?

dan Burung Murai.

yang mana lagi berperasaan?

FA 8

// December 30th, 2008 // 4 Comments » // coretan

Aku pergi menonton pada 21 Disember dan kini baru dpt masa nak kongsi, menonton filem pendek karya pengarah Indie Malaysia, memberi sokongan kepada rakan pengarah dan penulis iaitu Tok Rimau sambil mengambil peluang untuk mengemas kini projek aku dengan kumpulan penulis tersohor sindiket sol-jah.

fameDapat juga bertemu rakan yang dah bertahun x jumpa iaitu Azmi, budak masai yang jadi pemain drum dalam citer Mamat Khalid, Rock dan berkenalan dengan rakan pengarah yang baru iaitu Norman Arule dari Puchong yang baru pulang dari Filipina belajar bikin filem.

Pendek cerita aku nak buat sedikit ulasan tentang apa yg aku nampak dan lihat di FA 8, bagi yang tak tahu apa itu FA, FA adalah singkatan kepada filmmaker anonymous. Mereka adalah satu angkatan pembikin filem bebas.

Filem pertama yang ditayangkan bertajuk “Search For“, surrealisma yg dibawa pengarah didalam menyampaikan kehendaknya. Berkisar pada perjalanan 2 homosapiens yang mencari cari erti kehidupan yang memerlukan pengorbanan. Elemen pengorbanan yang dibawa agak longgar. Filem ini boleh dikatakan abstrak dan tidak semua yang boleh memahami isi dan jiwa cerita ini. Seni teknikal  filem tiada, main ikut rasa dan sedap je.

(more…)

Blog Widget by LinkWithin