Jejak Megat
// December 14th, 2008 // No Comments » // ceritera
Act I – Act II
Keadaan keliling gelap gelita dan Megat tidak dapat melihat keadaan sekelilingnya. Dalam hatinya, Megat tahu dia akan ditugaskan dengan satu tugas besar. Tiba Tiba sejalur cahaya muncul apabila daun pintu bilik dibuka dan Megat merasakan sakit dan berpinar biji matanya dicucuk cahaya yang masuk itu.
Samar samar Megat melihat 2 susuk tubuh masuk dan membuka lampu yang samar samar menerangi bilik itu. Megat mendapati sebuah meja dihadapanya. Cahaya lampu hanya menerangi meja yang berada didepannya, Megat tidak dapat mengecam 2 susuk tubuh dihadapannya.
Tiba tiba, Megat dikejutkan dengan bunyi sebuah fail yang dilemparkan diatas Meja. Fail itu bertulis sulit dihadapan nya dan mempunyai sil mohor diraja. Ini bermakna fail diatas meja itu adalah fail sulit kerajaan dan ini meyakinkan Megat lagi bahawa dia akan memikul tugas berat dan harus meninggalkan anak bininya.
Tiba tiba salah seorang berbicara dan bertanyakan Megat akan keadaannya. Adakah dia sudah meninggalkan kerja lamanya dan sudah tidak mahu melakukan tugas tugas yang berbahaya. Sementara salah seorang lagi melepaskan gari dari tangan Megat.



