Posts Tagged ‘rozinorazali’

Teori Penceritaan

// February 8th, 2010 // No Comments » // coretan

Ide:
Fikirkan didalam batu jemala kamu dan secara terang dan yakin mengetahui siapakah Protaganis dan Antagonis, cerita-A(Awal & Akhir)cerita dan tahu matlamat luaran cerita dan menambah kaitkan 3 lingkaran cerita serta mempunyai resolusi. Untuk permulaan kamu sudah ada ide yang baik.

Aku sebenarnya tak sabar nak dapatkan buku sol-jah yang baru bertajuk “siapa kekah bidan sepiah”. Aku mula gian dan mula syak yang gang sol-jah ada tabur serbuk beracun dalam setiap helaian mukasurat buku mereka dan sentiasa memasang angan angan untuk buat filem dari cerita yang diorang tulis ni.

Olahan:
Tulis olahan ide kamu tadi kepada tiga bahagian(babak) Awal, Tengah & Akhir, Tiga mukasurat, jarak dua baris.

  • Pada separuh bahagian mukasurat pertama tulis Permulaan cerita yang ada 5W & 1H(Who, What, Where, When, Why, & How).
  • Di separuh bahagian mukasurat ketiga, tulis Akhiran cerita dimana cerita-A dan kaitan lingkaran cerita yang diakhiri resolusi.
  • Kemudian tulis pertengahan cerita kamu dengan kaitan lingkaran cerita di ruang kosong mukasurat 1, 2 & 3.
  • Letaklah tajuk olahan cerita filem pendek/cereka/tele kat setiap mukasurat, diikuti oleh nama penulis.
  • Di bawah sebelah kanan tulis alamat dan nombor utk dihubungi, letaklah alamat facebook, twitter, emel ke apa jelah.
  • Tahniah, kamu sudah mengeluarkan cerita dari batu jemala kamu untuk dijadikan cerita filem pendek/cereka/tele.

Aku sedar bukan senang nak menulis sebuah cerita yang baik. Sol-jah mempunyai senarai penulis yang berkaliber yang mana cerita mereka berpotensi utk dilayarkan. Tapi kalau aku dapat tulis macam kat atas tu, aku dah tentu akan buat dan kongsi cara nak buat cerita filem pendek/cereka/tele, insyaallah.

ada banyak lagi cara yang lebih terperinci untuk menulis sebuah cerita filem pendek/cereka/tele yang baik. tunggulah aku terbitkan buku aku tulis pasal penglipurlara ni.

Berjuangkan

// February 3rd, 2010 // No Comments » // ceritera

Seorang pemikir filem yang aku segani dan cemburukan kerana hingga kini beliau masih menunjukkan minat untuk belajar, berkongsi ilmunya bahawa seorang pembikin filem yang bagus akan buat cerita yang membawa kisah perjuangan mendapatkan kebebasan agama, bangsa dan negaranya.

Aku rilek je.

Terbayang filem filem WWII dan seluruhnya warna merah dan berhaluan kiri. Aku tengok dan rilek di belakang.

Dapat ilmu filem lagi. Aku suka sebab aku nak tulis cerita baru tentang perjuangan. Ada kene mengena sikit dgn watak dalam cerita wira wira kecil.

aku nak rilek, esok aku tulis strukturnya.

Once upon a time during Japanese occupancy in Malaya, rose spirits of independency amongst the people below the mountain of hope….

kreatif

// January 27th, 2010 // No Comments » // coretan

kreatif berfikir lagi.
lawatan sambil belajar.

Blog Widget by LinkWithin