Sebuah Perhentian Kesukaan Aku Suatu Waktu Dulu…
// October 31st, 2009 // 2 Comments » // ceritera
Tiga babak coretan kehidupan kembara seniman jalanan pada sang pencinta yang penuh dengan rahsia perlu diiqra dan difahami isinya agar kembara yang dicoret sepanjang perjalanan berputik menjadi bunga yang menghasilkan buah ranum lagi manis.
// October 31st, 2009 // 2 Comments » // ceritera
// July 2nd, 2009 // No Comments » // coretan
Babak Sebabak
[,]
dengan lembut cikgu beritahu aku yang projek ini bukan projek seorang individu tetapi adalah projek kerjasama. aku ketika itu sedang merancang shot yang mahu aku ambil nanti masa pengambaran filem pendek yang akan aku kuratorkan dan ketika itu juga aku sedang melihat kebun durian yang bersih dijaga di belakang lokasi tempat bakal pengambaran berlaku.
Aku sudah dapat apa yang aku mahu di lokasi itu dan seperti yang aku kata, aku akan beri kerjasama 300% untuk projek ini.
.
.
.
dalam tidak sedar aku bermadah bahawa isi durian kalau di makan seorang memang nikmat dan azab pun kena tanggung sendiri kerana aku sedang memikirkan bila buah durian yang tergantung di pokok di kebun sinun akan jatuh.
[,]
Cikgu menjentik rokoknya jauh dan berpaling.
.
.
.
aku tidak sedar yang dia ada di situ.
[,]
Nota kaki: Selamat ulang tahun sahabat, semoga panjang umur.
// November 25th, 2008 // No Comments » // rekabentuk
Sepanjang kerjaya aku, kira dah bertahun jugalah aku tak buat ikon ikon kecil comel molek. Kali ini aku mendapat tugasan mencipta ikon untuk projek portal yang sedang aku kendalikan.
Ini adalah sebahagian daripada ikon ikon yang aku cipta dan kesemuanya 85 rekabentuk ikon yang diperlukan.
Kesemua 85 rekabentuk ikon ini diperlukan untuk aplikasi portal kementerian pengajian tinggi, tujuan untuk mempermudahkan kakitangan kementerian itu mengunakan aplikasi yang diperkuatkan oleh sistem pembangunan portal ORACLE.
Kepada pembaca yang ingin mendapatkan rekabentuk ikon khas untuk projek pejabat atau jabatan, dengan kos yang minima aku ada menyediakan perkhidmatan merekabentuk ikon comel.
Boleh hubungi aku melalui utusania.