Posts Tagged ‘pendek’

Teori Penceritaan

// February 8th, 2010 // No Comments » // coretan

Ide:
Fikirkan didalam batu jemala kamu dan secara terang dan yakin mengetahui siapakah Protaganis dan Antagonis, cerita-A(Awal & Akhir)cerita dan tahu matlamat luaran cerita dan menambah kaitkan 3 lingkaran cerita serta mempunyai resolusi. Untuk permulaan kamu sudah ada ide yang baik.

Aku sebenarnya tak sabar nak dapatkan buku sol-jah yang baru bertajuk “siapa kekah bidan sepiah”. Aku mula gian dan mula syak yang gang sol-jah ada tabur serbuk beracun dalam setiap helaian mukasurat buku mereka dan sentiasa memasang angan angan untuk buat filem dari cerita yang diorang tulis ni.

Olahan:
Tulis olahan ide kamu tadi kepada tiga bahagian(babak) Awal, Tengah & Akhir, Tiga mukasurat, jarak dua baris.

  • Pada separuh bahagian mukasurat pertama tulis Permulaan cerita yang ada 5W & 1H(Who, What, Where, When, Why, & How).
  • Di separuh bahagian mukasurat ketiga, tulis Akhiran cerita dimana cerita-A dan kaitan lingkaran cerita yang diakhiri resolusi.
  • Kemudian tulis pertengahan cerita kamu dengan kaitan lingkaran cerita di ruang kosong mukasurat 1, 2 & 3.
  • Letaklah tajuk olahan cerita filem pendek/cereka/tele kat setiap mukasurat, diikuti oleh nama penulis.
  • Di bawah sebelah kanan tulis alamat dan nombor utk dihubungi, letaklah alamat facebook, twitter, emel ke apa jelah.
  • Tahniah, kamu sudah mengeluarkan cerita dari batu jemala kamu untuk dijadikan cerita filem pendek/cereka/tele.

Aku sedar bukan senang nak menulis sebuah cerita yang baik. Sol-jah mempunyai senarai penulis yang berkaliber yang mana cerita mereka berpotensi utk dilayarkan. Tapi kalau aku dapat tulis macam kat atas tu, aku dah tentu akan buat dan kongsi cara nak buat cerita filem pendek/cereka/tele, insyaallah.

ada banyak lagi cara yang lebih terperinci untuk menulis sebuah cerita filem pendek/cereka/tele yang baik. tunggulah aku terbitkan buku aku tulis pasal penglipurlara ni.

Tora Datang Lagi!!!

// July 17th, 2009 // 6 Comments » // acara

disedut terus dari blog sol-jah, aku malas nak menaip…

[,]

Jika tidak kiamat, bencana alam, rampasan kuasa, penaklukan makhluk asing, serangan kaum zombie, bakal berlangsung pada 3 Oktober 2009.

maskarashorties400hs2

Berikut adalah peraturan penyertaan:

  • Video adalah karya asli. (duh!)
  • Satu video tidak lebih 10 minit termasuk kredit. Jangan nak mengelat.
  • Kami terima sebarang tema.

PENTING

  • Pemilihan video berasaskan selera kami. Pemilihan paling tidak adil di dunia. Tiada sebarang formula filem pendek mana yang akan diterima. Objektif Maskara Shorties adalah menayangkan filem pendek, bukan sebuah majlis diskusi tentang filem pendek mana yang bagus, pengarah filem pendek mana yang ada ilmu, filem pendek ini tak art la, apa la. Acara seperti itu telah dijalankan oleh ramai tokoh filem pendek yang lain seperti Fazleena…eh, mana dia pergi? Hikhik.
  • Tarikh tutup menghantar filem pendek pada 31 Ogos 2009
  • Filem-filem lakonan Maria Ozawa, Sasha Grey, Riko Tachibana dan seangkatannya tidak akan ditayangkan melainkan hanya akan disimpan untuk tontonan peribadi.
  • Sila jangan beri filem pendek untuk ditayangkan pada hari acara. Edisi lepas sebab kami ada belas ehsan. Edisi kali ini tiada maaf bagimu.
  • Sebarang cadangan boleh dikemukakan pada pengurus projek, Nazri M. Annuar (vovin). Emel beliau boleh didapati di facebook.
  • Konsep seperti tahun lepas.
  • Hantar dalam format DVD atau CD. Untuk yang gagal menghantar by hand, boleh hubungi lelaki comel (baca: Nazri M. Annuar) di atas untuk selesaikan isu tersebut. Sekali lagi, jika berada di Armenia, sila pos.
  • bagi kami simpan salinan DCD/VCD filem pendek anda – manalah tahu, kalau-kalau kami dijemput untuk membuat tayang filem pendek di Singapura, Brunei, atau Uganda pada masa-masa akan datang. Makanya, taklah kami bersusah payah nak pergi ambil VCD/DVD tu dari anda lagi.
  • Selamat membikin.
Blog Widget by LinkWithin