Posts Tagged ‘Megat’

Inilah Megat

// June 7th, 2010 // No Comments » // ceritera

MEGAT, melalui hidupnya dengan berjuang demi keadilan di bawah panji panji terhormat dengan bertopengkan kekeliruan. Setiap detik hidupnya merisik setiap sudut dan pelusuk dunia jenayah terancang dan merasakan tidak dapat mempunyai hidup baru dan perlu terus menjadi perisik tetapi mendapat peluang kedua untuk membetulkan hidupnya.

Sifat sifat MEGAT adalah, beliau memiliki sifat seorang yang pendiam, pemikir, bijak, bersemangat, setia, amanah dan baran sekiranya beliau ditekan dengan masalah yang melibatkan kehidupan di sekelilingnya. MEGAT juga suka meluahkan perasaan apabila gembira dan tidak suka kepada hari hujan. Dalam pada itu beliau juga meminati kepada musik dan dikala dibelenggu permasalahan dalaman terhadap kerjanya, musik adalah pelepas geramnya.

kenapa aku pilih budak Kuala Lipis ni sbg Megat adalah satu cerita yang panjang yang malas nak aku pendekkan, boleh baca cerita tu kat sini.

kotak cerita

// June 5th, 2010 // No Comments » // coretan

Memang giler dan kalau tak giler pun mesti dah tak center dah otak aku ketika ini. Berperang dalam kepala otak aku memikirkan plot plot menarik untuk projek filem pendek dijjital aku yang terbaru iaitu “Jejak Megat”.

Iya, projek ni adalah kesinambungan dari babak 1 “Sarah Marah” dan kali ini penceritaan yang cuba aku garap memasuki tahap giler kerana pengalaman yang pernah aku lalui cuba aku sulam dalam penceritaan ini, dan kebanyakkan nama nama watak dalam cerita ini begitu dekat dengan kehidupan aku.

Sedikit sebanyak aku cuba kekalkan sifat sifat watak itu dalam rupa mereka yang sebenar, itu pun kalau aku tidak dimasukkan ke Tanjung Rambutan.

Cerita ini berkisarkan MEGAT seorang pegawai perisik yang diperkenalkan di hujung cerita “Sarah Marah” sebagai penyelamat SARAH (kepada sesiapa yang cuba tahu siapa Sarah, cuba cari video “Sarah Marah” kat youtube) berkahwin dengan Sarah dan mempunyai seorang anak. Mendapat tugasan khas untuk menjejak penjenayah terkenal BORON (juga diperkenalkan dalam cerita “Sarah Marah”) dan bertemu kembali dengan TOMBOT (juga diperkenalkan dalam cerita “Sarah Marah”), rakan karibnya ketika kecil.

bagi aku yang membaca kisar cerita ini, nampak mudah sahaja plotnya, tapi aku sedang cuba memikirkan hubungan dan sejarah watak watak yang bakal menjadi permasalahan dalam kesemua kompilasi filem pendek dijital aku ini.

Insyaalllah, aku akan berjaya dengan izin dari yang maha bijaksana lagi adil, Amin.

Megat dan Pipiyapong.

// September 10th, 2009 // 7 Comments » // filem

gua dulu lagi dah ada bayangan pasal hero gua ni…
masa tu gua x kenal Firdaus Abdillah aka Pipiyapong…

pipi

ni lah Firdaus Abdillah aka Pipiyapong…
komersilkan muka dia, hua hua hua…

tapi semenjak gua datang lihat produksi flipflop utk cerita “hangus” arahan dean sham…
gua dah mula rasa mamat ni lah yg patut bawak watak adiwira gua yang kecundang iaitu “Megat”…

itu pun kalau dia lepas sessi casting gua yang memang gila berat nak dibawak kalau dia seorang yang normal…
tanya siapa yang pernah gua cast…
dan kalau gua tak jumpa orang lain…
tapi sebenarnya gua dah ada senarai orang yg gua nak panggil…

jadi gua rasa apa yang gua bitau Pipi malam masa gua lepak dengan dia dan vovin tu ada relevennya…

sekarang ni pada Pipi, kalau lu sudi dgn pinangan gua dan lu nak jadi hero baru malaya…
lu terima jelah, gua akan jadikan lu hero indie malaysia…
dan lepas tu sesiapa nak lu berlakon, lu dah blh demand…
tapi ingat kat mana bumi yang lu berpijak dan langit mana yang lu junjung arr…

amacam?

My 1st Impression of Megat.

my impression of megat

Dilukis pada bulan januari 2006.
sumber dari blog lama gua…
http://senimanjalanan.blogspot.com/2006/01/first-doodle.html

lu orang tgk sendirilah keserupaan watak yg gua doodle dgn firdaus abdillah. Ada lebih kurang tak.

Blog Widget by LinkWithin