Posts Tagged ‘los angeles’

Unggul

// January 7th, 2009 // 4 Comments » // rekabentuk

Penjenamaan semula rekabentuk grafik pengenalan syarikat yang aku naungi.

Segala penat lelah mengendalikan syarikat produksi dan perundingan kreatif banyak memberi pengalaman hidup yang tidak ternilai harganya kepada aku.

Inilah permulaannya…

susb1

Bermula dari sebuah syarikat milikan tunggal yang beroperasi dengan nama Opera Graphics aku mulakan perniagaan kecil kecilan memberi perkhidmatan rekabentuk grafik kepada pelanggan tegar aku iaitu kawan kawan, saudara mara dan rangkaian kenalan mereka.

Aku mula berjinak jinak dalam dunia multimedia dan setelah bernikah aku bergabung dengan permaisuri dan menamakan syarikat perkongsian dengan nama D’ajiny Enterprise. Syarikat bertahan lama jugalah hinggalah sedikiti demi sedikit pelanggan tegar aku mula berkurangan namun masih mampu bertahan namun ujian tuhan menghendaki aku menumpukan kepada keluarga, aku kembali bekerja dibawah naungan sebuah syarikat multimedia.

(more…)

Malaikat Hilang

// December 12th, 2008 // 6 Comments » // coretan

Hampir aku terlupa pada foto foto yang aku ambil semasa aku pergi mendalami ilmu wayang di negara orang. Kalau tidak ditanya oleh yang tersayang, maka aku pasti tidak akan ingat. Ini aku ada update skit foto foto hari hari terakhir aku disana.

Aku sempat merayap berjumpa dengan kawan penulis aku dari negara republik dominican, iaitu manuel atau nama tagnya adalah man one dari the crewest gallery. Aku sudah mengenali Manuel agak lama didalam dunia maya, tetapi tidak pernah terfikir untuk bertemu dengannya.

Alah bisa aku sudah berada disana dan dengan tujuan ingin membawa yang tersayang serta putera aku berjalan, aku mengambil peluang itu untuk berkunjung ke galeri Manuel yang terletak ditengah tengah Kotaraya L.A.

Aku tiba bersama dengan yang tersayang dan putera aku, tetapi keadaan sedikit havoc kerana terdapat pengambaran TV siri popular berlaku dihadapan galerinya. Yang tersayang begitu teruja melihat kejadian itu dan asyik bertanyakan aku apakah yang sedang berlaku.

(more…)

propaganda

// October 20th, 2008 // No Comments » // rekabentuk

Poster prawara filem pendek pelajar aku semasa di Universal Studio, Los Angeles. Bagi kerja seorang pelajar ini aku mendapat pengiktirafan dari New York Film Academy dalam Cerita Asli dan Arahan Fotografi terbaik oleh Pelajar.

Satu penghormatan kepada aku dan industri filem Malaysia.

(more…)

Blog Widget by LinkWithin