Posts Tagged ‘fotografi’

biar kejora jadi saksi…

// August 3rd, 2009 // No Comments » // fotografi

dalilamintease

Hujung minggu yang lepas, aku dan rakan gerakan filmuda melakukan satu kerja yang dah lama aku tak buat, iaitu mengambil foto pengantin.Gila punya kerja, last aku tembak pengantin adalah pada tahun 2007.

Aku dan rakan gerakan bekerja sedaya jaya dan memberi 100% pemikiran kreatif dan kritis kami untuk menjayakan sessi fotografi pernikahan dan persandingan sepupu kepada Permaisuri aku [aka] penerbit kepada projek ini.

Aku dan Penerbit [akak] ingin mengucapkan kepada rakan gerakan [nasrulhakeem] & [farisshedi] diatas kerjasama dan tenaga yang telah diberikan. Masa bersama mengerjakan projek ini di harap dapat membantu kamu berdua mengambil foto yang lebih baik dimasa hadapan.

masa ni layan jelah usikan [teaser] ni dulu…

minitur

// June 15th, 2009 // 2 Comments » // fotografi

kawan aku rajin sangat sampai buat gua jeles sebab dia terlebih dahulu membuat suntingan foto ala ala minitur ini sedangkan ketika itu aku mahu melakukan fx ini terhadap beberapa foto MTB, hehehe.

Tapi aku suka sgt fx ini dan aku pun buatlah beberapa kali dan mendapati fx ini sangat sesuai untuk foto yang mengunakan lensa wide dan diambil di tahap ketinggian 5 kaki diatas paras laut. Itu yang aku dapati setelah melakukan kajian dan percubaan terhadap beberapa foto yang aku ambil dan benda yang aku sebut diatas adalah yang paling penting sekiranya mahu melakukan suntingan ini.

jb

mungkin fx yang aku buat ini agak kurang detailnya tapi korang boleh follow tutorial membuat suntingan foto ini di laman web berikut –> tilt shift.

Setitis Wangian

// April 7th, 2009 // 2 Comments » // fotografi

Aku berkejar kejar ke Shah Alam dan Kuala Lumpur pada ketika ini. Dan terus memecut ke Putrajaya menyempurnakan kerja yang aku kendalikan.

Pada purnama pertama 2009 kejadian ini berlaku, terima kasih kepada Nasrul Hakeem dan rakan kerana menjadi pembantu aku di Shah Alam pada hujung minggu yang aku sendiri lupa tarikh dan waktunya…

Antara kerja produksi tele, Perunding Kreatif dan Jurufoto Komersil adalah waktu yang paling cergas aku ketika itu. Rasa macam nak tercabut semua sendi tulang.

Dan ketika ini barulah dapat aku kongsi foto foto yang aku ambil ketika dan waktu itu. Ketika ini dapatlah berehat dan menarik nafas panjang sebelum sampai waktu cergas aku itu kembali.

Nikmati ukiran cahaya yang sekarang berada diseluruh pelusuk negara.

Blog Widget by LinkWithin