Posts Tagged ‘filem’

Kembara Masa

// May 12th, 2010 // No Comments » // coretan

Menelan pil hijau dan kembali ke Burbanks, Universal City pada hari Jumaat, Feb 8 2008.

[,]

Aku, Dre dan Daniel berlari menuju ke kaunter pengambilan peralatan untuk kami melakukan tugasan kami utk minggu itu.

terlewat.

Masa untuk mendapatkan pelepasan mengunakan peralatan bagi tugasan kami minggu itu dah tamat dan tiada kompromi. Ini semua gara gara tidak mengendahkan peraturan dan polisi mengunakan peralatan pengambaran bagi setiap tugasan mingguan.

hilang momentum.

Kami bertiga termenung, nasib baik ada brocs untuk menenangkan fikiran kami dan kami berbincang menyelesaikan masalah produksi kami, No Budget Flicks.

kami berhutang setiap seorang 3 filem pendek utk tugasan yang lepas dan kali ini kami tidak dapat menjalani pengambaran dan tinggal beberapa minggu lagi untuk kami menerbitkan produksi kami sendiri.

syarat lulus, perlu menyiapkan setiap tugasan mingguan, 2 bengkel produksi dan sebuah filem pendek.

[,]

kesan pil hijau tamat dan perlu mengambil pil merah secepat mungkin kalau tidak putus nafas.

[,]

kembali ke Hulu Kelang, Ampang Kuala Lumpur pada hari Selasa May 12, 2010.

aku belajar sesuatu setiap kali aku berada di lokasi pengambaran tidak kira aku terlibat sepenuhnya atau tidak terlibat.

tak sangka banyak jugak nama aku kat dunia matrix ini jika digugel, antaranya;

http://sirehdancengkeh.com/?p=637
http://sirehdancengkeh.com/?p=1491
http://rozinorazali.com/v8/2008/11/temu-bual/
http://vimeo.com/8458679
http://www.youtube.com/watch?v=YflTAdbP3Kg
http://www.coroflot.com/rozinorazali
http://my.linkedin.com/in/rozinorazali
http://www.theauteurs.com/users/25931
http://maskara-shorties.blogspot.com/2008/10/rozinor-razali-five-chairs.html
http://artrevolt.wordpress.com/
https://www.massify.com/profiles/rozinorrazali/resume

Teori Penceritaan

// February 8th, 2010 // No Comments » // coretan

Ide:
Fikirkan didalam batu jemala kamu dan secara terang dan yakin mengetahui siapakah Protaganis dan Antagonis, cerita-A(Awal & Akhir)cerita dan tahu matlamat luaran cerita dan menambah kaitkan 3 lingkaran cerita serta mempunyai resolusi. Untuk permulaan kamu sudah ada ide yang baik.

Aku sebenarnya tak sabar nak dapatkan buku sol-jah yang baru bertajuk “siapa kekah bidan sepiah”. Aku mula gian dan mula syak yang gang sol-jah ada tabur serbuk beracun dalam setiap helaian mukasurat buku mereka dan sentiasa memasang angan angan untuk buat filem dari cerita yang diorang tulis ni.

Olahan:
Tulis olahan ide kamu tadi kepada tiga bahagian(babak) Awal, Tengah & Akhir, Tiga mukasurat, jarak dua baris.

  • Pada separuh bahagian mukasurat pertama tulis Permulaan cerita yang ada 5W & 1H(Who, What, Where, When, Why, & How).
  • Di separuh bahagian mukasurat ketiga, tulis Akhiran cerita dimana cerita-A dan kaitan lingkaran cerita yang diakhiri resolusi.
  • Kemudian tulis pertengahan cerita kamu dengan kaitan lingkaran cerita di ruang kosong mukasurat 1, 2 & 3.
  • Letaklah tajuk olahan cerita filem pendek/cereka/tele kat setiap mukasurat, diikuti oleh nama penulis.
  • Di bawah sebelah kanan tulis alamat dan nombor utk dihubungi, letaklah alamat facebook, twitter, emel ke apa jelah.
  • Tahniah, kamu sudah mengeluarkan cerita dari batu jemala kamu untuk dijadikan cerita filem pendek/cereka/tele.

Aku sedar bukan senang nak menulis sebuah cerita yang baik. Sol-jah mempunyai senarai penulis yang berkaliber yang mana cerita mereka berpotensi utk dilayarkan. Tapi kalau aku dapat tulis macam kat atas tu, aku dah tentu akan buat dan kongsi cara nak buat cerita filem pendek/cereka/tele, insyaallah.

ada banyak lagi cara yang lebih terperinci untuk menulis sebuah cerita filem pendek/cereka/tele yang baik. tunggulah aku terbitkan buku aku tulis pasal penglipurlara ni.

Sebuah Perhentian Kesukaan Aku Suatu Waktu Dulu…

// October 31st, 2009 // 2 Comments » // ceritera

progerila

(more…)

Blog Widget by LinkWithin