Posts Tagged ‘dynareka studio’

Poster

// December 3rd, 2008 // 6 Comments » // rekabentuk

Aku baru selesai pengambaran filem pendek digital kolektif aku, dan secara tak sengaja dan tiada dalam perancangan, penerbit bersama merancang satu sessi wrap party utk produksi aku dan para pelakon filem aku. Jadi aku pun mengunakan segala ilmu rekabentuk untuk menghasilkan satu poster bagi filem aku sendiri dan inilah yang dapat aku hasilkan.


Diari Sarah

// December 3rd, 2008 // No Comments » // ceritera

Segalanya bermula dari jiwa yang bersih lagi suci…
Cintaku tak pernah berdusta…
dakwat hitam mencemari hidupku…
apabila setiap detik cintaku dikhianati…
tidak ada seribu janji, hanya bahagia…
dan disini ku akhiri cintaku…
untuk selamanya…

aku tidak pernah merancang, tetapi tuhan yang menentukan…

sarah
15 April 1998

Lokasi Hotel

// December 2nd, 2008 // No Comments » // coretan

Semasa berada dilokasi hotel, sesuatu yang dijangka berlaku dimana main camera yang digunakan utk framing setiap shot kehabisan bateri dan nak dijadikan cerita, DP tidak membawa charger untuk charge bateri.

DP, lain kali jangan sibuk part orang lain, pastikan anda juga bersiap sedia.

Nasib baik ada spare camera, tetapi keputusan framing shot agak janggal dan lari dari shot shot awal kerana camera spare yg digunakan utk The Making mengunakan frame Letterbox sedangkan kami telah mengunakan framing 16:9 untuk shot yg boleh dikatakan berlambak jugalah.

Aku senyum dan redha.

Sedang kami merancang lakon layar shot shot yang berikut dgn camera spare, satu lagi masalah timbul, sound peak dan tidak selari dgn saound sebelumnya…

Waduh, walaupun telah merancang dengan rapi, tapi tuhan itu maha adil memberi pengajaran kepada kami semua.

Setiap perkara jangan dipandang remeh, aku terlepas pandang perkara begini kerana kepercayaan aku telus 100%.

DP aku sekali lagi berusaha memperbaiki keadaan, dan kami terpaksa mengunakan tetapan yang berbeza untuk kamera ini, aku sekali senyum dan redha.

Masa berlalu begitu pantas dan kami semakin jauh ketinggallan, byk scene yg perlu disiapkan dan byk shot yang perlu dibuat, dan aku mengambil keputusan utk membuang beberapa shot yang bagi aku tidak perlu dalam penceritaan aku itu, memandangkan aku mengejar masa dan masa banyak terbuang semasa berada di Lokasi Bar dan kini permasalah kamera.

Alhamdulillah, kami berjaya menamatkan 2 lokasi dalam masa kurang dari 24 jam, bagi aku masa aku belajar dahulu, kami hanya diberi tempoh 4 jam untuk menyiapkan satu cerita 5 minit.

Kami pulang dengan harapan, pagi ini akan lebih baik dari hari semalam.

Blog Widget by LinkWithin