Posts Tagged ‘ceritera’

Giant

// September 17th, 2008 // No Comments » // ceritera

Ala dan Ajib sedang berjalan mencari satu kawasan baru yang hendak diterokai sebagai markas kelab jiwa luka mereka. Dalam pencarian mereka, secara tiba tiba muncul seekor gergasi berbulu lebat ala ala bigfoot dari celah semak samun dihadapan mereka.

Ajib yang memang terkenal dengan sikap kecik buah pelirnya, terus lari meninggalkan Ala dan terus memanjat sebuah pohon yang boleh dikatakan agak tinggi. Ajib seperti Jet Li memanjat pohon itu.

Sementara itu, Ala yang sememangnya dilahirkan lembab dan lembab…terpinga pinga ingin memikirkan apa yang harus dilakukan kerana mengetahui dia tidak mampu nak berlawan dengan gergasi itu.

Lutut ala yg memang longgar skrunya telah menyebabkan Ala terjelepuk jatuh dan Ala pun pura pura mati. Ajib yang diatas pokok ketawa melihat gelagat Ala yg pengsan itu dan tidak sedikit pun ada perasaan hendak menolong Ala.

gergasi tadi menuju ke arah Ala dan menguis guis badan Ala, gergasi itu mendengus beberapa kali dan akhirnya ia merapatkan kepalanya ketelinga Ala dan meninggalkan mesej kepada Ala dan terus berlalu pergi sambil bersiul gembira…

melihat gergasi tadi pergi, Ajib pun turun dan cuba menakutkan nakutkan gergasi yang telah hilang dari pandangan dan menuju ke arah Ala.

Ajib: gergasi tu mencicit bila aku turun tadi Ala, tahu dia takut…

Ala: Ajib, gergasi tu bisik kat aku dan dia kata, Orang bijaksana macam aku ni tidak patut berkawan dengan orang yang bacul seperti kamu, dan kamu tidak sesuai dijadikan teman perjuangan kerana orang macam kamu tidak menolong kawannya yg dalam kesusahan.

Janji

// September 13th, 2008 // No Comments » // ceritera

sebelum meninggalkan kelab jiwa luka, Adet telah meminta Ala berjanji untuk meneruskan perjuangan dan modenifikasi ideologi yang telah diterapkan Adet selama 20 tahun kedalam jiwa org org kampung.

Adet: ko janji dengan aku Ala yang ko akan teruskan projek pembinaan jambatan yang aku telah rancang dengan sekutu aku di Kg. Singa.

Ala: Baiklah Adet, aku berjanji, aku berterima kasih kat ko kerana telah memilih aku sebagai penganti ko dalam kelab ini…

setelah menjadi ketua kepada kelab jiwa luka, Ala telah memungkiri janjinya kepada Adet dengan membatalkan perjanjian pembinaan jambatan ke Kg. Singa…

Ala: Saya dengan ini berjanji dan mengistiharkan bahawa Ajib akan mengambil alih kuasa kelab pada tahun 2010 nanti.

Ajib tersengih sengih macam kera dapat bunga mendengar kata kata Ala dan raut wajah Puan Ros berseri seri mengalahkan orang yang cucuk botox…

Tergezol

// September 12th, 2008 // No Comments » // ceritera

Ala tergezut apabila org kanannya, Adin menyarankan agar Ala memendekkan tempoh Ala menjadi ketua di warong kopi yang selalu menjadi tempat melepak dan berjudi Ala dan kawan kawannya.
Ala telah menjadi ketua selama beberapa penggal, tetapi semua keuntungan perjudian di warung kopi itu telah dibahagikan tidak sama rata, semua keuntungan telah diambil dibahagikan kepada saudara mara sepupu sparepart Ala yang terdekat. Mereka yang rajin mengipas Ala ketika berjudi juga mendapat habuan yang lebih dari Ahli Majlis.

Ala: Ini semua telah menjadi tanggungjawab saya, kata Ala.
Ajib : ko kena pangggil dia mengadap dan bagi 10 sebab kenapa dia cakap macam tu Ala.
Ala: Aku tahu apa aku nak buat, ini pasal kelab kita dan banyak lagi benda aku nak risau macam si Adet tu nak join balik kelab kita ni.

Blog Widget by LinkWithin