Posts Tagged ‘animasi’

Dongeng Cincorot

// April 4th, 2009 // 4 Comments » // filem

Setiap cita cita yang disulamkan dengan kerja keras dan kejujuran pasti akan membuahkan hasil yang pasti akan menjadi satu sejarah.

Dongeng Cincorot Despereoux bercerita mengenai sebuah kerajaan yang mana pada setiap tahun ada satu hari yang disambut oleh rakyat secara besar besaran iaitu Hari Sup.

Berkisarkan sup inilah segalanya bermula dimana seekor tikus pelayar yang berhenti singgah mengikuti tuannya untuk melihat sanbutan Hari Sup berkenaan, tetapi sudah menjadi resam tikus yang mempunyai sifat gelojoh dan tidak menghiraukan nasihat maka terjadilah peristiwa sedih yang melanda kerajaan yang mulanya sangat permai dan riang.

Diharamkan segalanya kerana kesedihan yang melampau, tikus tikus yang dulunya boleh melihat matahari terpaksa bersembunyi karana takut dibunuh.

dan bermula pula kisah keluarga cincorot yang hidup dalam persembunyian. Dirahmati dengan kelahiran seekor concorot yang berani, bijak dan ikhlas dan mempunyai kelainan daripada kumpulannya, iaitu telinga nya seperti mickey mouse.

huhuhuhu, bijak pengarah mengunakan trademark agar watak despereoux boleh diingati sepanjang cerita.

Kerana sifat ingin tahunya, si cincorot telah dihukum untuk memakan buku buku lama dimana ia tidak memakannya malah mempelajari isi kandungannya dengan membaca isinya.

kalau nak cerita pasal dongeng ni, mengarut aku nanti tapi cerita ini harus ditonton oleh seisi keluarga. dan fahami isi cerita yang cuba disampaikan.

Aku berikan 5 keju bagi penceritaan.

Bagi pengiat pengiat animasi yang sekarang ini sedang berlumba lumba ingin membuat animasi, belajar, kaji dan struktur kan penceritaan itu dahulu sebelum angan menjadi kenyataan.

kalau mahukan aku menganalisakan cerita cerita anda semua, hubungi aku. Insyaallah aku sedia berkhidmat.

Geng

// February 21st, 2009 // 3 Comments » // filem

Pengembaraan bermula, itulah dia Geng. Habis satu malaya dicanangnya tak kira yang kecil mahupun yang tua, kira buat homerun kalau main baseball tu.

headegengr02

Apa apa pun tahniah kepada Tuan Haji dan krew krew animasinya di Les’ Copaque terutama orang yang asyik mengembar gemburkan cerita “GENG” ini di portal sifoo.com iaitu mediahorizon tak silap aku. Marketing memang power. Tapi aku bukan nak cerita pasal benda tu, aku nak cerita isi pada cerita itu yang cuba aku analisakan.

Geng, bermula dengan apa yang aku panggil “HOOK” yang sedikit mellow kerana tiada impak yang cukup kuat apabila memaparkan watak seekor binatang yang sedang berlari dari sesuatu. Seterusnya dipaparkan satu tayangan berita berkenaan kehilangan durian disebuah kampung dan ketika ini watak watak subplot diperkenalkan sekali dengan “CALL FOR ADVENTURE” bagi keseluruhan cerita ini.

Straight forward.

Dipanggil oleh keinginan mahu bercuti dikampung setelah melihat datuknya didalam TV, plot cerita ini yang dibawa oleh watak subplot yang bersama rakan karibnya menaiki bas kekampung dan menerima dugaan dimana tayar bas meletup dalam perjalanan. “IN COMPLETE ACTION” ini membawa watak subplot terpaksa berjalan kaki meneruskan perjalanan kekampungnya.

Setibanya dikampung beberapa watak diperkenalkan termasuklah watak subplot yang lain sebelum watak subplot yang membawa cerita ini bertemu dengan “PLOT POINT 1″ dimana ketika datuknya tersalah memeluk rang yang dianggap cucunya dan sewaktu datuknya memakai cermin mata dan penglihatannya jelas menunjukkan watak subplot.

Kat mana relevannya isu “HANTU DURIAN” ketika ini?

Satu “SETUP” telah dipertontonkan dimana akan berakhirnya cerita ini ketika watak subplot menumpang sebuah lori yang ditahan ketika berjalan kaki tadi dimana pemandu dan penumpangnya adalah “ANTAGONIS” cerita ini dan salah seorang daripada watak subplot semasa diwarong ketika watak subplot yang membawa cerita ini bertanyakan rumah atuknya.

Aku sedikit hairan dengan struktur cerita “GENG” ini, tapi tak kisah kerana masih boleh aku baca dan analisakan sebab takde yang betul atau salah dalam pembikinan filem atau animasi.

Selepas itu, satu lagi “CALL FOR ADVENTURE” dipertontonkan apabila atuk ingin kekebun dan memberi kebenaran kepada cucunya untuk mengunakan motor yang ada untuk merondo keliling kampung. Ketika mereka merempit inilah “PROTAGANIS” diperkenalkan. Aku masih tidak tahu dia inilah hero cerita ini sehingga habis menonton.

Cerita pun cerita pengembaraan, jadi elemen “CALL FOR ADVENTURE” menjadi pertaruhan. Ketika ini “SETUP” bagi protaganis untuk bersama sama dalam pengembaraan ini adalah apabila watak subplot menjanjikan sebuah walkman untuk protaganis gunakan dan perlu diambil keesokkan harinya dirumah atuk.

Keesokannya, Usai atuknya pulang dari kebun mengawal durian daripada dimakan “HANTU DURIAN”, protaganis sudah pun menunggu janjinya dan ketika ini watak subplot bertanyakan dimana kebun durian atuk dan atuk pula dengan tidak berlengah memasukkan protaganis kedalam pengembaraan ini dengan menyuruhnya menbawa cucunya kekebun.

bermulalah pengembaraan dan dalam setiap shot watak watak subplot penting dimasukkan menyertai pengembaraan ini. Kalau iyapun nak bodek kerajaan, scene lagu patriotik ala ala blues tu macam pembaziran je. Betul apa, aku bayar cukai tetiap tahun dan diorang dapat duit dana ni daripada mana? jadi tak salah pergh aku cakap, lain kali tak payahlah letak.

Seterusnya mereka tiba dikebun atuk ini adalah “MID POINT” dan selepas ini aku menunggu dimanakan “BOOSTER ROCKET” yang sepatutnya. Tunggu punya tunggu sampailah kepada watak yang diperkenalkan diawal cerita sedang menangkat durian dan dikejar protaganis dan 2 watak subplot. Hingga ke satu rimbunan buluh mereka dapat juga bertemu dengan binatang comel itu yang menjadi “BOOSTER ROCKET” cerita ini.

Sehinggalah ianya terkejut ketika kakak kepada watak subplot kembar yang popular tu menjerit. Mencecet binatang tu lari, namun tetap juga protaganis dan watak subplot kembar mengejar tetapi kali ini tidak berjaya namun mereka bertemu dengan watak subplot yang lain dan ketika ini barulah mereka sedar yang mereka sudah sesat didalam hutan.

Hari sudah malam, Protaganis dan watak subplot lain sedang menghidupkan unggun api sehinggalah ketika binatang comel tadi datang dan cuba memeberitahu protaganis yang bahaya sedang datang. “THE CHASE” digunakan pada scene ini dimana protaganis, watak kembar dan kakaknya tadi dapat menyelamatkan diri dengan bantuan binatang comel tadi namun watak yang membawa cerita ini ditangkap.

bermacam macam perasaan timbul dengan pengembaraan baru setelah berada didalam gua. Dengan dikejar ular raksasa dan lintah gergasi, namun aku masih menunggu dimanakah “PLOT POINT 2″ sehinggalah dipparkan sebuah pintu kealam lain didalam gua yang menjadi pintu masuk penceritaan ke ACT 3.

Adventure sungguh.

Selepas ini protaganis dan watak subplot yang bersamanya berjaya keluar dari gua bersama binatang comel tadi dan mereka tiba dirumah diatas bukit yang dipertontonkan diawal cerita dan ini adalah “PAY OFF” scene bagi “SETUP” didalam scene lori yang ditumpang oleh watak subplot tadi.

ketika ini satu watak baru dipertonton sebagai penyelamat kepada cerita ini dan penyatuan dua makhluk yang terpisah menjadi elemen sentimental dibabak akhir. Segalanya dibongkar ketika ini dan ketika inilah aku tahu siapa antagonis dan protaganis cerita ini. Namun ada satu “SETUP” yang belum di”PAY OFF” iaitu ketika protaganis sepatutnya mendapat sebuah walkman sebagai ganti dan ketika itu juga “PREMIS” cerita ini dinyatakan.

Segalanya berakhir dengan perpisahan dan matlamat pun tercapai.

Selamat menonton.

Gerak Gerak

// November 15th, 2008 // No Comments » // filem

Aku sudah lama menantikan filem animasi ini dipanggung. Kalau dulu aku menonton bersama Danish dan Isteri, kali ini aku ade 2 orang tambahan yang sememangnya teruja juga hendak menonton filem animasi ini. aku yang sememangnya berlatar belakangkan bekerja didalam sebuah syarikta animasi suatu ketika dahulu sememangnya menjadi sesuatu yang haru menonton wayang animasi.

MADAGASCAR : ESCAPE 2 AFRICA, kalau dulu Alex seekor singa yang menjadi pujaan di Zoo Central Park New York, bersama rakannya terdampar disebuah pulau. Aku sangat seronok menonton filem pertama itu hinggakan aku mendapatkan DVDnya pula dan yang kedua ini pun aku telah mendapatkan DVDnya juga.

Cerita kali ini dimulakan dengan Alakay seekor anak singa yang sedang dilatih oleh bapanya, Zuba menjadi seekor singa alfa tetapi Alakay lebih cenderung kepada menari dan bermain dengan sang rama rama. Sedang Zuba melatih Alakay datang seekor singa yang iri hati terhadap keberanian Zuba dan cuba mengajar Zuba cara melatih anaknya dan ketika itulah sedang Alakay leka bermain, ia telah terperangkap dengan pemburu dan dibawa lari.

(more…)

Blog Widget by LinkWithin