Prawara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang singgah melawat blog aku ini. Disini aku memprawarakan sebahagian perjalanan hidup aku didalam berbagai bentuk karya kreatif penulisan, rekabentuk grafik dan juga dalam bentuk fotografi andai ada keizinan dan terluangnya waktu untuk aku dari sang pencinta.
Tiada medium yang hebat dalam mencari keindahan sebuah pengalaman dari memperolehinya sendiri dengan membawa diri menempuh onak dan duri kehidupan.
Sisa sisa keju yang dihidangkan bukanlah sisa keju yang baru, tetapi sisa keju kumpulan hapak yang bermaharajalela menunjuk nunjuk kekuasaan yang diberi kepada mereka.
Bukannya hak mutlak kuasa yang diberi, tetapi kuasa mutlak itu disalah erti dengan memperhambakan diri kepada subjektif yang objektif. kiblah kepada umat yang menuju kearah aliran yang penuh dengan sisa sisa keladak.
Aku melangkah selangkah demi selangkah memerhatikan setiap batu batu telanjang yang dimamah suria dan embun agar langkah aku tidak goyah dan aku jatuh tidak tersungkur dan mampu bangkit menongkah arus.
Tiga babak coretan kehidupan kembara seniman jalanan pada sang pencinta yang penuh dengan rahsia perlu diiqra dan difahami isinya agar kembara yang dicoret sepanjang perjalanan berputik menjadi bunga yang menghasilkan buah ranum lagi manis.
Aku menolak jauh nafsu yang mengajak aku meronta agar hati yang melangkah terus melangkah. Setiap langkah disulami persimpangan yang mana ada ketika harus aku singgah kerana melayani nafsu nafsi yang gundah gulana dan disajikan dengan nikmat nikmat dunia membuat jiwa selalu meronta.
Aku senyum memerhatikan, babak babak penuh rupa tetapi tiada wajah wajah luarbiasa yang boleh aku duduk bertafakur mengamalkan setiap jurus dan juzuk kalimah mengisi dada. semuanya menjenguk sambil tertawa sedangkan perjalanan mereka hanya mereka yang menakhodainya. Adakala terasa jauh makam yang mereka bawa dari makam yang sebenarnya. Lupa dan alpa.
- Og



