Archive for puitis

Menjadi Hitam

// December 6th, 2009 // No Comments » // puitis

Hidup semakin pudar ledar
menjauh di sekian detik hari
hilang dalam diri sendiri
tanpa soal, tiada yang peduli

Layu hilang semangat hidup
apa lagi yang mampu di beri
tiada yang ada lagi dalam diri
perlukan pengakhiran melepaskan diri

Seperti selalu indah sudah tiada
hilang suatu waktu dalam diri
Tidak mungkin benar, sesat dan mati
tidak tahan neraka sebegini

semakin penuh sunyi dalam diri
membawa ke kemuncak gelisah
dengan senja membina kegelapan
dulu aku aku, kini ia hilang

Tiada yang mampu selain aku
tapi waktu sudah melewati
Hingga aku tak fikir
bahawa aku sepatutnya cuba

Semalam seperti hendak akan
tidak mewujudkan
kematian yang menyenangkan
dan kini ku ucap selamat tinggal

Aku

// December 5th, 2009 // No Comments » // puitis

stillnasilemak (142 of 142)

Detik itu menghurai putih cerita
Titik hitam memandu arah
Menuju ke pusar gelisah
Arah hilang tiada daya

Titik itu tidak pudar
Jadi tugu empunya cerita
Di tiup angin tiada cela
Tegak berdiri sejujurnya

Hitam dan putih hanya warna
Dalam hidup yang sementara
Di kota kata janji yang lara
Tidak putus ikatan mustaqim nya

Moga mimpi kamu indah
Dan aku tetap aku

[,]

merintih hati dan menitis airmata aku mengenang hikayat hidup aku dengan hikayat lagu ini…

Penara

// November 11th, 2009 // No Comments » // puitis

penara

sudah banyak tangan yang merayap di muka tua penara ini
ada yang datang dari jauh dan ada yang kena mengena
suka cakap siang dan menabur pasir sembarangan
dengan harapan cantik dipandang dan dapat salam ramai orang

kosong di atas hanya ada baldi dan mop
serta buku lukisan tentang burung
luas pandangan jauh pandangan
siapa nak sakit badan pada hal ada perkataan

usai dengan mop baru boleh berhenti
dan mendongak hasil usaha sendiri
Penara bersih, tiada lagi kotoran
dan itu cukup mengembirakan

[,]

kosong di atas hanya ada baldi dan mop
serta buku lukisan tentang burung
luas pandangan jauh pandangan
siapa nak sakit badan pada hal ada perkataan

banyak tangan mula mengapai untuk penara yang lain
ada yang kata hijau dan ada yang cakap bajau
dan ada yang tidak berganjak berpegang teguh
cuma mereka yang telah di jangka, tak membantu walau mereka mampu

Blog Widget by LinkWithin