Archive for coretan

Biarkan Berlalu

// June 27th, 2010 // No Comments » // coretan

Kebelakangan ini semakin ramai pengalaman pengalaman lalu datang  menyinggah di helai helaian wajah ruang maya.

[,]

Resa hati aku selalunya benar dan aku percaya kedatangan pengalaman ini membuka suatu lembaran baru terhadap kembara aku sebagai seniman jalanan. Aku ada terfikir mahu saja mengoyakkan helai helaian wajah itu dan menutup pintu agar tiada pengalaman lama yang mampu aku sakiti dan lukai.

Aku seniman jalanan yang menulis helai helai pengalaman yang hitam, tapi itu pengalaman kecil ketika itu masih tidak mengerti apa itu warna darah dan apa itu warna pelangi.

Pengalaman aku meniti hidup yang membuatkan aku jarang menunjukkan kemahiran dan kebolehan aku, ketika itu aku lebih suka sendiri bersama sama pengalaman yang rapat dengan aku dan mengerti perjuangan aku.

[,]

Aku Seniman Jalanan.

mungkin aku masih lemah untuk melihat kembali pengalaman pengalaman itu dan membiarkan pengalaman itu mengenali siapa seniman jalanan, namun aku tidak berharap agar pengalaman itu mampu memahami.

Kerana aku tahu setiap langkah yang aku ambil sikit pun tidak akan merugikan pengalaman itu malah batu batu dijalanan yang menjadi peneman aku menjadi pengalaman terhebat dalam sejarah.

Aku yang menentukan hala tuju hidup aku dan helaian hitam pengalaman lalu aku simpan sebagai peneman aku kala lara melanda.

[,]

Aku Seniman Jalanan.

Kebelakangan ini semakin ramai pengalaman pengalaman lalu datang menyinggah di helai helaian wajah ruang maya.

Kembara terkini seorang Seniman Jalanan

// June 26th, 2010 // No Comments » // coretan

Setelah beberapa tahun shurgad.unian.eraka menjadi tempat aku meratapkan segala perasaan aku dalam kehidupan seharian aku, kini ia sudah makin dekat dengan penghujungnya.

Perjalananan shurgad.unian.eraka sudah cukup sampai kepada penghujungnya, tapi ianya tidak akan hilang kerana ia telah menjadi teman perjalanan hidup aku sepanjang aku belajar menitip huruf huruf dari dalam diri aku kepadanya.

Aku ingin jadikan shurgad.unian.eraka sebagai arkib yang bakal menjadi satu lagenda dalam perjalanan hidup aku. Menjadi rujukan buat keturunan aku, dan mengharap mana yang baik menjadi teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Semoga detik detik pengiraan terkahir perjalanan shurgad.unian.eraka dapat aku abadikan dengan pengalaman yan mampu buat kamu semua tersenyum.

Aku akan membuka lembaran baru tanggal Julai ini dan pengembaraan terkini seorang seniman jalanan bermula…

“The Last Odyssey of an Street Artist”

kotak cerita

// June 5th, 2010 // No Comments » // coretan

Memang giler dan kalau tak giler pun mesti dah tak center dah otak aku ketika ini. Berperang dalam kepala otak aku memikirkan plot plot menarik untuk projek filem pendek dijjital aku yang terbaru iaitu “Jejak Megat”.

Iya, projek ni adalah kesinambungan dari babak 1 “Sarah Marah” dan kali ini penceritaan yang cuba aku garap memasuki tahap giler kerana pengalaman yang pernah aku lalui cuba aku sulam dalam penceritaan ini, dan kebanyakkan nama nama watak dalam cerita ini begitu dekat dengan kehidupan aku.

Sedikit sebanyak aku cuba kekalkan sifat sifat watak itu dalam rupa mereka yang sebenar, itu pun kalau aku tidak dimasukkan ke Tanjung Rambutan.

Cerita ini berkisarkan MEGAT seorang pegawai perisik yang diperkenalkan di hujung cerita “Sarah Marah” sebagai penyelamat SARAH (kepada sesiapa yang cuba tahu siapa Sarah, cuba cari video “Sarah Marah” kat youtube) berkahwin dengan Sarah dan mempunyai seorang anak. Mendapat tugasan khas untuk menjejak penjenayah terkenal BORON (juga diperkenalkan dalam cerita “Sarah Marah”) dan bertemu kembali dengan TOMBOT (juga diperkenalkan dalam cerita “Sarah Marah”), rakan karibnya ketika kecil.

bagi aku yang membaca kisar cerita ini, nampak mudah sahaja plotnya, tapi aku sedang cuba memikirkan hubungan dan sejarah watak watak yang bakal menjadi permasalahan dalam kesemua kompilasi filem pendek dijital aku ini.

Insyaalllah, aku akan berjaya dengan izin dari yang maha bijaksana lagi adil, Amin.

Blog Widget by LinkWithin