Archive for acara

Haluan Kiri

// June 18th, 2010 // No Comments » // acara

Tiada tanda sokongan yang lebih baik kepada seorang pejuang senireka grafik yang telah berjaya mewujudkan fenomena fotografik dengan haluan perjuangannya.

Ini satu penghargaan dari aku kepada beliau Kukubesi Haluan Kiri. Semoga perjuangan kamu terus dilimpah kurnia rahmat darinya.

Ini Projek Kotak Persembahan dari fotografik malaysia.

tak diundang, dia datang

// May 18th, 2010 // 2 Comments » // acara

Tahun ini sekali lagi festival filem nyamuk ala ala wayang pacak yang diselenggara oleh sekumpulan lelaki urban yang gemar bersembang di kedai kopi sambil berkomplot menyuntik ‘pop’ ke dalam seni.

Mereka tidak hisap ganja, minum arak dan amalkan seks sejenis.

Tapi mereka memang suka pada benda-benda cantik. Tapak Sulaiman, misalnya.

kali ini promo mereka dalam bahasa inggeris, aku syak Ricky Rimau yang terjemah, kalau tak dia aku x tau siapa.

Maskara Shorties is an outdoor film festival screening short films made by seasoned and fresh filmmakers. It is not a competition as we want to encourage limitless creativity among filmmakers.

Be offbeat, be bold, be what you wanna be.

Mereka mereka ni semua adalah rakan rakan yang suka dengan rakan rakan yang kita suka. best kan diorang.

Maklumat lanjut aku malas nak lekat kat sini, tapi boleh lah dapatkan lebih lanjut di jaringan di bawah.

di Facebook klik sini.

di Blogspot klik sini.

Aku mewajibkan diri aku untuk menyokong festival kecil yang besar ini, cuma aku nak memilih yang mana untuk dihantar.

Nasi Lemak? Fringetown? Pokok? ke hantar tiga tiga…

x eksklusif lah nanti…

Filem Pos

// December 2nd, 2009 // No Comments » // acara

Aku nak khabar pada pembikin filem pendek digital yang dekat dan yang aku suka segera mendaftarkan diri untuk projek filem pos pintu aka doorpost film project. ada beberapa topik menarik yang boleh di ceritakan dan di visualkan.

Apa lagi, mengambil kata hikmah dari tokrimau soljah “Stop being inspired, start doing it!”.

Aku tengah mencongak cerita nasi lemak aku boleh masuk topik mana. kalau ada penulis yang nak suruh aku buat karya penulisan dia untuk projek filem pos pintu ni, mesej ke ruangan komen.

Blog Widget by LinkWithin