2010
// January 1st, 2010 // coretan
Pergh! bersarang dah blog ni dan inilah pos blog pertama aku bagi tahun ini.
Tahun ini aku punya 2 matlamat yang perlu aku capai untuk mencukupkan 10 matlamat yang telah aku rancang dari tahun 2000, tahun 2008 adalah tahun paling cantik bagi aku kerana 6 dari 9 matlamat aku tercapai dan tahun 2009 hanya berjaya menjayakan satu matlamat dan aku masih berhutang 2 matlamat pada tahun ini.
Aku belajar menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dari seorang guru yang banyak membuka mata dan fikiran aku tentang kehidupan.
Semua yang baik datang dari Allah SWT dan yang kurang memuaskan adalah dari kelemahan aku sendiri.
Namun semakin hari aku semakin lemah mengejar masa yang telah banyak aku buang tetapi pengalaman semalam dan semangat hari ini terus menolak aku supaya jangan mengalah dengan masa.
Sesungguhnya demi masa aku tergolong dalam mereka mereka yang lalai dan aku mesti melengkapkan matlamat aku yang masih belum terlaksana utk aku meneruskan perancangan jangka panjang aku utk 10 tahun yang mendatang.
Insyaallah, Amin.



