Orang Kita
// December 15th, 2009 // coretan
Minggu paling sibuk dalam tahun ini bagi aku. Namun dalam kesibukan dan ketidak cukupan masa sempat jugak aku nak coret coret apa yang dekat dengan aku.
Melihat semangat adik adik yang berjiwa besar melaksanakan tugas mereka, rasa gembira sangat aku walaupun penat.
Dengan rezeki yang dikurnia, dan kejayaan demi kejayaan yang melalui depan mata aku, ada juga keinginan nak buat sesuatu yang hilang akal tapi fikir fikir aku bukan jenis yang suka mengunakan batu batu dihadapan sebagai loncatan segera berada di arena idaman.
Aku lebih suka bersenang kemudian.
Orang kita cakap siang pandang pandang cakap malam dengar dengar jadi aku mengambil langkah untuk tidak membiarkan orang kita cakap siang dan malam.
Pengalaman banyak mendewasakan.
[,]
Iqra
Bukan tidak mahu berada dan mengamit peluang depan mata cuma aku tidak mahu menganggu kesenangan orang lain yang sedang seronok menghabiskan sisa hidupnya melaksanakan cita cita yang boleh didapati dengan kelip mata.
Beza bila membaca quran dengan hanya membaca tafsiran dari membaca dengan bahasa aslinya dan memahami maksud yang ter’iqra didalamnya.
Indah dan tiada yang secantik bahasanya.
Aku bukan tak mampu mengamit cahaya itu cuma aku lebih suka cahaya itu bersinar tanpa hilang kilauannya.
Kepada aku, terus pandang batu dijalan.





kira lu ni boleh speaking arab lah ya? bertuah mana-mana saripah yang dapat lu.
bertuah kalau aku dpt speaking arab…
senang nak hafal quran…
Terima kasih dengan entri ini.
Banyak memberi erti pada diri.
Namun begitu,
Pelajar ini masih dahagakan tunjuk ajar En. Ajin.