Menjadi Hitam
// December 6th, 2009 // puitis
Hidup semakin pudar ledar
menjauh di sekian detik hari
hilang dalam diri sendiri
tanpa soal, tiada yang peduli
Layu hilang semangat hidup
apa lagi yang mampu di beri
tiada yang ada lagi dalam diri
perlukan pengakhiran melepaskan diri
Seperti selalu indah sudah tiada
hilang suatu waktu dalam diri
Tidak mungkin benar, sesat dan mati
tidak tahan neraka sebegini
semakin penuh sunyi dalam diri
membawa ke kemuncak gelisah
dengan senja membina kegelapan
dulu aku aku, kini ia hilang
Tiada yang mampu selain aku
tapi waktu sudah melewati
Hingga aku tak fikir
bahawa aku sepatutnya cuba
Semalam seperti hendak akan
tidak mewujudkan
kematian yang menyenangkan
dan kini ku ucap selamat tinggal



