eudaimonia

// December 24th, 2009 // coretan

Sejarah semalam

[,]

Zaman aku budak budak dahulu, jarang betul aku ambil kisah tentang kuliah atau kelas kelas di sekolah. Aku boleh tahan nafas menyelam lebih lama dari beri tumpuan kepada apa yang berlaku di hadapan kelas. Selalunya kalau tidak berborak, aku melukis.

Tapi aku rajin ikut apa apa aktiviti yang danjurkan sekolah mahupun kejiranan atau satu lagi projek pemerintah. Aku seperti wajib hadir, Kalau tempoh bersekolah setahun adalah 42 minggu, kehadiran aku ke sekolah  yang pecah rekod mungkin belas belas minggu.

Sejarah semalam zaman aku budak budak dulu.

***

Keajaiban Esok

[,]

Aku setengah tahun ini lebih banyak memberi kebanyakan masa aku untuk melahirkan pembikin filem yang berani dan memahami kepentingan disiplin seorang pembikin filem.

Dah nak habis tahun aku masih belum berkesempatan untuk membawa awek aku dan kawan kawan bercuti. Cemburunya masa terhadap aku.

Tapi sebab aku mahu mengubah sesuatu, aku harus percaya terhadap apa yang terbaik yang boleh aku lakukan, akan aku lakukan dengan baik untuk perubahan masa akan datang yang lebih baik, kalau tak banyak sikit pun oklah.

Keajaiban esok yang aku percaya

**

Hadiah hari ini

[,]

Aku berdiri melihat tubuh tubuh yang tidak semuanya mengambil kisah tentang tanggungjawab  dan penghormatan. Senang benar nak hilang tumpuan.

Tapi mereka rajin ikuti aku melakukan aktiviti latihan pembikinan filem. Tepat pula tibanya jika ada produksi dan berdedikasi. Walau tak semua yang mampu memberi tumpuan tapi mereka sememangnya rajin.

Melihat mereka aku tersenyum menerima hadiah untuk aku hari ini.

*

eudaimonia adalah bahasa greek bermaksud kebahagiaan.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply