Disini bermula…

// December 5th, 2009 // coretan

Suatu hari di suatu waktu iaitu kelmarin….

Aku macam biasa awal pasti terjaga, tapi kali ini aku terjaga kerana ingin memulakan sesi bengkel produksi kumpulan aku dan pelajar aku. Iya produksi Filmuda menjalankan bengkel produksi 02 bermula dengan sebuah cerita kecil yang besar.

Kali ini aku mengolah sebuah skrip filem pendek seram suam kuku bertajuk “As Night Falls” yang berkisarkan seorang lelaki yang ingin hidup selamanya dan menjual dirinya kepada seorang wanita “Vampire” kepada sebuah cerita semi dark comedy yang mengisarkan seorang lelaki yang jatuh cinta kepada seorang wanita penjual nasi lemak yang mengoda, licik dan cekik darah yang bertajuk “Nasi Lemak Seringgit Dua Puloh Sen yang Marvellous”

stillnasilemak (112 of 142)
Tapi kita ni mampu merancang, aku syukur kerana hujan lebat berhenti pada waktu dan ketika yang aku sangat memerlukan waktu yang singkat itu. Melihat keadaan kru semua sudah bersedia, aku lancarkan gerakan menuju Hulu Langat, lokasi bagi cerita kecil ini.

Seperti kebiasaan, pasti ada yang terlebih pandai. Aku dan pelajar aku berjaya meloloskan diri dari sesak kotaraya dan 3 biji kenderaan lain terperangkap. Usai mengisi minyak, kami terus menuju ke lokasi dan menanti mereka yang terperangkap, boleh tahan jugalah lama nak menunggu. Buang masa lagi dan masa terus berlari tanpa menoleh.

Lebih kurang setelah 45 minit menunggu, yang terperangkap pun sampai, baru mereka nak melangkah keluar aku dah beri isyarat untuk bergerak kerana masa sedang menganjing aku dari horizon masa.

setiba di lokasi aku dan pembantu aku tidak tunggu lama, terus meninjau sudut sudut utk memulakan pengambaran. Detik penting ini bermula begitu lancar dan di penghujung kami semua berjaya melaksanakan tugasan masing masing. Namun kerana baru sahaja aku mahu berlari seiring dengan masa, tempoh yang selalu aku berikan kepada diri aku sudah melebihi masa, dan disitu aku hentikan perjalanan aku.

segalanya berjalan lancar, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply