Angan Jenin
// December 23rd, 2009 // coretan
Tiba tiba aku dapat satu ide plagiat dari observasi aku terhadap bidang indie dan DIY yang rancak di pelopori oleh generasi bebas zaman sekarang ini.
Aku terfikir untuk membukukan kategori ceritera di blog aku ini dalam cetakan terhad untuk dikongsi bersama kaki kaki buku yang dahagakan bahan bacaan. Tapi aku rasa penulisan aku ini biasa.
Kau beri pada penyunting jelah, suara kecil yang besar memberitahu.
[,]
Awek yang ngurat aku menyuruh aku merekabentuk sebuah kalendar yang menyelitkan resipi resipi masakan istimewanya kerana dia mahu menceburi bidang Indie dan DIY ini.
Indie Bizwoman katanya.
[,]
Aku terfikir seronok juga kalau aku juga join dia buat kalendar, cuma aku mahu riliskan foto foto unrelease yang aku ambil.
Sambil menyelam minum air.
…
Hujan yang tadi lebat, masih lagi menitis dengan lembut sambil angin bertiup menempiaskan percikan hujan.
Dia
Masa macam ni, lepas hujan dan selepas menhirup secangkir kopi berulam tembakau gulung sambil tersandar sedap boleh melayang terlelap jauh…Dia
Jie, awek kat dalam usha aku…bawak Persona lagi.Aku (dalam hati)
awek moden perasan khunsa yang kau nak?



