This weblog has been owned

// November 15th, 2009 // coretan

memo

Semalam selama 5 tahun laman blog aku yang tak pernah pernah di godam telah di godam oleh seseorang. entah apa jelah yang ada kat blog aku ni yang dia nak godam. Oh! mungkin dia mahukan sesuatu dari laman web di bawah hosting yang sama dengan aku.

Aku sedikit risau sebabnya petang semalam, aku baru je upgrade dan install satu plugin. Bermacam macam perasaan berbaur dalam batu jemala aku ni. Tapi tahniah kepada team teknikal easynet interactive kerana berjaya menyelesaikan masalah.

hari ini setelah bertungkus lumus mereka memberitahu semuanya sudah selamat dan laman blog aku berjaya diselamatkan cuma beberapa perubahan terhadap koding perlu dilakukan semula secara manual.

Terima kasih kepada pengodam dan teknikal krew easynet, jika ini tidak berlaku tidak akan ada kerja dan pengetahuan kita tidak akan di uji.

Semua yang berlaku ada hikmahnya, ambil iktibar.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply