Terpalit lumpur di Maskara
// November 7th, 2009 // coretan
![]()
Hari itu siang harinya aku bikin satu produksi gerila bersama pelajar pelajar aku. Sebuah produksi dengan kod nama “BUS STOP”. Projek khas yang aku bikin untuk tayangan di selatan sebagai sokongan kepada penggiat penggiat seni muda di Johor. Ini adalah satu langkah membawa nama kumpulan pembikin filem muda di kenali. Insyaallah.
Projek yang dirancang tamat tepat seperti yang dirancang, bermula jam 12 dan tamat jam 4. Hebat pelajar aku mengikut jadual yang dirancang. Aku pulang untuk berehat untuk menghadiri majlis pada malam harinya. Cuaca sungguh baik dan doa aku agar terus baik agar malam harinya tidak menjadi kecah.
Memang tidak di sangka panas yang diharap sampai ke malam rupanya hujan entah bila aku tidak sedar kerana lena di ulit mimpi nasi lemak seringgit dua puloh sen yang akan menjadi sebuah lagi video pendek aku nanti. Aku tersedar cuaca dingin bukan sebab penghawa dingin yang di pasang tetapi di luar hujan menitis tanpa belas kasihan. Awek yang ngurat aku beritahu aku lena betul sebab hujan dari petang, masyaallah terlepas Asar dan Maghrib rupanya aku. Sesudah membersih dan mebayar hutang aku bersiap untuk ke majlis.
Hujan macam tiada penghujung, dalam hati sebab lebat macam tidak mahu aku tinggalkan lembah UK yang diatas bukit ini. Aku pergi dengan harapan agar tempat majlis berjalan tidak hujan seperti ini. Ketika di Jalan Ampang, keem telefon aku beritahu dia sudah sampai dan keadaan tidak cantik kerana hujan. Dugaan kepada rakan rakan penganjur majlis.
Dalam perjalanan aku hubungi koperal Indra, bertanyakan keadaan dan di mana beliau, beliau sudah sampai dan beritahu keadaan tidak berapa cantik. Aku beritahu dalam 5 minit aku sampai.
Aku sampai seperti biasa, lewat. Aku park kereta aku dekat sebelah tokong dengan harapan kereta aku ada yang tolong tengok secara percuma. Melintas aku terlihat signal cahaya memanggil aku, iya keem yang buat signal. aku ingat dia dah duduk di dalam, bagus anak muda ni.
Kami bersalam dan terus naik ke rumah PENA. Beberapa kelibat yang aku kenal kelihatan dan keadaan di dalam rumah PENA sesak kerana tayangan diadakan di dalam. Aku seperti tahu saja, cerita aku sedang ditayangkan. Aku lewat lagi dan terlepas beberapa cerita. Seperti tahun sebelumnya.
Aku recce kat mana koperal Indra dan membiarkan keem dan faris mencari port untuk mereka melayan cerita pendek kecil. seperti tahu kehadiran aku, hujan renyai renyai mula berhenti dan sol-jah mengumumkan untuk membuat tayangan di luar seperti rancangan awal. Alhamdulillah.
Tahun ini, aku tak berabis seperti tahun sebelumnya, aku hanya membeli sehelai baju dan komik jenaka alternatif iaitu gedung kartun. Tapi yang paling besh tahun ni adalah penyediaan makanan ringan dan minuman, kopi o kaw feveret di sediakan. itu pun adik koperal Indra yang bawa ketika aku sedang berborak dgn Dr. Ali dan Aj (abdullah jones). Pekena kopi kena ada surya baru umph, aku meninjau ninjau tokei surya, Pipiyapong. lihat dia tengah sibuk dgn urusan, arg biarkan dia siapkan kerja dia.
suasana malam tu beza betul dgn majlis sebelumnya, kira kira 500 orang yang hadir dan nilai itu menurun dari tahun sebelumnya yang aku anggar lebih dari 1000 orang, mungkin faktor cuaca.
sambil minum kopi, melayan cerita cerita kecil cukup menghiburkan sehingga rakan lama dari komuniti sifoo.com (Syacz) datang meminta pertolongan dari aku kerana keretanya sangkut dalam lumpur. pergh! mencabar sungguh. aku roger koperal Indra dan adiknya untuk membantu keran tidak nampak belikat keem dan faris.
Kami bertiga menuju tempat kereta itu, lihat lebih kurang aku menyuruh mereka menolak kereta tapi tidak bergerak juga. Koperal ambil inisiatif untuk masuk kedalam kereta walau kaki sudah penuh lumpur. Aku didepan mula menolak hingga aku perasan lumpur sudah cuba naik ke muka. Aku mengelak dan lihat seluar aku dah penuh lumpur. Beralih ke belakang, adik koperal ambil alih tugas kemudi dan koperal di depan. sama seperti aku koperal mengelak lumpur namun terpalit juga.
Akhirnya, adik koperal berjaya mengeluarkan kereta dengan deruman dan pusingan stereng tahap mampu tercabut tayar dan sterengnya tapi alhamdulillah semua selamat. Namun tuhan tu adil kan, ketika sedang cuba keluar, bumper depan tersangkut dan tercabut di satu busut. aku dengan koperal dah mula menyusur pergi malas nak fikir dah. terkekeh kami ketawa dan menghurai keadaan tadi.
Kembali ke tempat awal tadi kami menonton cerita kecil kembali. Kali ini koperal Indra cadangkan kami duduk di bawah pentas. aku setuju dan kami bergerak ke pentas. Menonton di pentas lebih tenang dan santai. aku terlihat Pekin di pentas seperti awek bertudung litup, memang aku ingat awek awalnya tadi. Aku menegur Pekin dan kami berborak perihal industri dan projek projek terkini. Alhamdulillah projek kawan aku Roy sudah di akhir, tunggu bila nak ditayangkan.
Sudah jam 12 lebih aku rasa perlu pulang kerana embun betina mula merayap kat kepala. Usai bersalam dengan Pekin, aku jumpa koperal Indra dan beritahu aku nak celah, dia sms Tok beritahu aku mahu pulang. Aku cari keem dan faris sebab nak berjumpa Alina, tapi Alina dah pulang awal.
Sempat berkenalan dgn rakan bikin filem dari Indonesia ketika berjumpa Tok Rimau dan Naganaga. Kami berbual santai dengan ungkapan ungkapan cukup isinya dan disudahi dengan hilai ketawa kerana hanya kami yang tahu makna makna ungkapan itu.
Usai itu aku terus pulang dan di dalam kereta aku terfikir cerita apa yang singgah ke dalam batu jemala aku. Hanya yang mampu singgah ialah Pintu, Perfect Ana, Hangus, Buaya Darat dan cerita Psychopomp x silap aku. Yang lain hanya singgah tak bersapa. seperti biasa aku kalau di majlis begini lebih suka bersosial. aku senyum lebar dan melihat cenderamata yang Tok Rimau sediakan untuk pengarah pengarah.
Akhir kata tahniah kepada sindiket sol-jah dan Maskara kerana berjaya memartabatkan lagi industri filem alternatif di malaysia ini.
sampai dirumah baru aku sedar, kemana cerita anak didik aku?




Sungguh syahdu membaca nota kecil ini …rasa setiap yang di tulis masih segar dalam ingatan..
dan ayat yang terakhir itu membuatkan aku tersenyum…mungkin tiada rezeki namun kami diamkan sahaja…sampai ke hari ini..
aku sudah bertanya, mereka tidak dpt memainkan cerita kau…
ade problem ke dvd tu?
hahah, memang x leh lupa tul tragis mlm tu. mcm org baru pas tangkap belut kat sawah, belemoihhh sampai ke kepala
hahaha…
jom tulis cerita koperal…