Sebuah Perhentian Kesukaan Aku Suatu Waktu Dulu…

// October 31st, 2009 // ceritera

progerila

AKMAL, seorang pelajar filem yang tidak pernah lewat untuk menghadiri sessi kelas suka menaiki bas untuk ke kolej nya. Rutin setiap harinya menjadi sesuatu yang membosankan hidup AKMAL. Namun suatu hari ketika dia sedang berjalan menuju ke hentian bas yang menjadi tempat dia menunggu bas utk ke kolej dia terlihat seorang perempuan, SORAYA seorang pelajar perniagaan di sebuah kolej yang berdekatan dengan kolej AKMAL. Namun ketika itu SORAYA sudah pun melangkah kedalam bas. AKMAL tidak merasakan apa apa dan membiarkan perasaan yang datang berlalu begitu sahaja. Namun keesokan hari nya, ketika menunggu bas sendirian, AKMAL terlihat SORAYA yang sedang berjalan menuju perhentian bas. SORAYA duduk tidak jauh dari tempat AKMAL berdiri. AKMAL melihat SORAYA dan senyum kepada SORAYA.

AKMAL memperkenalkan diri kepada SORAYA dan sebaliknya. Ketika menunggu bas datang, mereka mula mesra berbual bersama hingga ada masanya mereka ketinggalan bas. Suatu hari AKMAL memberikan sekeping nota kepada SORAYA yang tertulis didalamnya isi hati dan perasaan yang ingin diluahkan ber serta no telefon AKMAL agar mudah SORAYA hendak menghubunginya setelah membaca nota itu. AKMAL berharap cintanya berbalas namun panggilan dari SORAYA tidak juga diterimanya. AKMAL bercadang untuk berterus terang kepada SORAYA keesokkan paginya di perhentian bas namun hasratnya berkecai kerana SORAYA tidak hadir seperti biasa di perhentian bas setelah AKMAL lama menunggu nya disitu.

Setiap hari AKMAL menunggu SORAYA namun tiada juga kehadiran yang di harapkan itu. Akhirnya AKMAL mengambil keputusan yang tiada jodoh untuknya dan membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja dan kembali kepada rutin hariannya dan kini AKMAL sudah bekerja setelah tamat dengan kepujian jurusan perfileman dan bekerja sebagai seorang penulis bebas dan sedang menyiapkan skrip filem pertama yang akan diarahkannya sendiri.

SORAYA yang juga telah tamat pengajiannya sedang berkemas untuk pulang ke kampung halaman kerana beliau menetap di asrama kolej. ketika beliau sedang berkemas, beliau terlihat sekeping nota yang sudah agak lusuh dan keronyok. SORAYA tidak sedap hati melihat nota tersebut dan mencapai dan membuka nota tersebut, Alangkah terkejutnya SORAYA ketika membaca isi kandung surat yang telah berusia 4 tahun itu. Kenangan melanda fikiran SORAYA dan dia megambil keputusan untuk cuba menghubungi AKMAL.

AKMAL sedang menulis babak akhir skripnya ketika telefon bimbitnya berbunyi dan dilihatnya nombor yang tidak di kenali dipaparkan, dia menekan butang busy untuk mematikan panggilan itu. Sekali lagi telefon berbunyi dan nombor yang sama kelihatan, dan sekali lagi AKMAL tidak melayan. Kali ketiga telefon berbunyi dan nombor yang dipaparkan adalah sama membuatkan hati AKMAL terbakar dan dengan pantas dia menjawab, dan ketika dia hendak memberitahu pemanggil supaya jangan menganggu dia bekerja, AKMAL terkelu lidah dan matanya bersinar dengan harapan kerana selama ini dia percaya jodoh itu di tangan tuhan dan di sedikit pun tidak pernah memikirkan bahawa akhirnya SORAYA akan menelefonnya setelah 4 tahun dan mereka akhirnya bercadang untuk berjumpa.

Akhirnya mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

TEASER VIDEO

Blog Widget by LinkWithin

2 Responses to “Sebuah Perhentian Kesukaan Aku Suatu Waktu Dulu…”

  1. sutradara says:

    masih dalam pos lagi…

Leave a Reply