Syawal – Episod 2
// September 28th, 2009 // ceritera
Selesai gua hantar pojie ke motosikal dia, ketika itu hujan dah mula renyai. Gua pulang dengan hati gembira sebab berjaya mendapatkan khatira untuk awek yang ngurat gua. Sekali sampai gua kena pekik dengan bapak gua sebab gua terlupa beli roti bengali utk dimakan bersama sup merah yang memang telah menjadi resipi tradisi keluraga gua untuk berbuka nanti.
Gua pun bergegas mahu pergi mencari walaupun waktu berbuka tinggal dalam 20 minit macam tu dan hujan dah mula turun dengan lebat.
Hujan rahmat ni, gua pun berlari menuju hummer gua dan celah ke kedai mencari roti bengali. Sedang gua meyusur jalan hendak ke kedai gua perasan seorang mamat sedang menunggan motor memakai baju hujan dengan di bakul depan terdapat beberapa lapis bekas kuning bertingkat yang selalu penjual roti sandwic letak roti kat dalam.
Nak buat gua lagi tergezut ialah tak cukup dengan bekas tingkat kuning tu tadi, sebelah tangan dia terdapat sebungkus guni yang gua daat agak dalamnya mesti terdapat beberapa jenis aluminium yang berjaya dia kumpul di tong tong sampah rumah orang.
Dan yang buat gua toleh utk kesekian kalinya ialah terdapat sebiji tong gas yang gua agak masih penuh isinya yang sedang dia cuba letak di tempat letak kaki pembonceng sambil memegang tong gas tadi dengan guni yang penuh dengan barang buangan.
Gua tak terkejut sebab orang yang buat kerja tu memang dikenali sebagai orang yang tak boleh diajar walaupun masa aku bujang dulu, kepala dia dah berlubang aku kerjakan dengan besi sebab mencuri. Itulah Pokok aka Ante adik kepada bekas gitaris gua dulu.
Gua lupakan mamat tu kejap sebab gua ada tugasan penting untuk gua selesaikan, namun gua gagal mendapatkan roti bengali tapi gua ganti dengan 2 bungkus roti gardenia. Gua balik selamba. Sampai rumah sedang cantik hujan yang turun rintik rintik suara azan pun berkumandang.
Gua pun duduk bersila atas lantai dengan awek yang ngurat gua, dan anak sulong gua mula membaca doa buka puasa yang mana kesemua ahli keluarga yang mana yang telah masuk makanan dalam mulut terkdu kejap menunggu gua aminkan doa anak gua. Bagus sekali anak bapak sorang ni.
Aku berbuka dengan karipap dan kuih bom pedas shuaib sebelum awek yang ngurat gua sendukkan sup merah untuk gua hadap. Nak start dengan kurma takde pulak gua nampak ketul ketul kurma kat hidangan. Jadi gua layan apa yang ada.
Usai berbuka gua celah naik atas settlekan jamak gua. Gua plan nak rilek borak dgn awek gua kejap, sekali gua terlajak sampai jam 10 malam. Pergh! masa gua bangun gua tengok henpon gua penuh dgn sms, paling gua serik ialah sms dari imam masjid iaitu jiran depan rumah gua U.S.A aka Ustaz Syed Ali yang beritahu gua tak diperlukan lagi untuk majlis takbir raya untuk tahun tahun berikut.
Gua sedih dan tekad esok sebelum subuh gua mesti dah tercegat dan memulakan takbir raya dulu.
Gua campak henpon gua ketepi, dan gua capai kain sal gua menuju bili air untuk mandi, ketika itu plak takbir raya berkumandang dalam radio. Pertama kali dalam hidup gua terlepas malam takbir raya. Gua cuba sedapkan hati gua yang gua penat memandu dari KL – JB siang harinya.
Usai gua bersihkan badan gua, gua lepak dalam bilik sorang sebab awek gua tengah tolong mak dan akak akak gua kat dapur. henpon gua berbunyi tanda sms masuk. Argh!! takkan U.S.A nak ajak gua takbir malam malam ni pulak, gua buat bodoh jelah malas nak layan.
Sekali dia berbunyi lah plak, gua dah berdebor dah ni risau U.S.A paksa gua sekali gua tengok Pak Long beritahu malam ni ada sessi nganyam nipah kat simpang dekat dengan rumah Bobol dan kejap lagi Pojie akan datang ambil gua, tekstual ringkas dari Pak Long.
woo, ada kenduri…
bersambung….



