Syawal – Episod 1
// September 27th, 2009 // ceritera
Perancangan awal bergerak selesai imsak dan solat subuh, namun perancangan Allah SWT lebih sempurna. Kitaorang sekeluarga bertolak dari UK menuju kampung halaman gua di Ulu Tiram, Johor pada jam 11 pagi. Alhamdulillah perjalanan kitaorang selamat dan kitaorang juga sempat membuat ujian pada Lebuhraya Senai – Desaru. Dengan kelajuan paling minima 140, ujian berjaya dilaksanakan dan tepat 5 petang kitaorang sampai di Ulu Tiram.
Gua bagi 2/10 bagi lebuhraya itu kerana exit yang dibuat tidak menepati piawaian gua, ini kerana keluarnya di jalan yang gua sudah jangka dari zaman gua sekolah lagi akan menjadi jalan yang paling sibuk di dunia. Sesak tak ingat, tapi gua tak tempuh kesesakan lalu lintas ketika itu, mungkin mereka tahu gua balik dan sudah memastikan perjalanan gua tidak ada kesesakan.
Patutnya ambil gua sebagai perunding bagi exit di lebuhraya itu yang mana sudah pasti gua akan tambah 2 lagi exit sebelum exit yang gua maksudkan itu di Bestari Indah dan di Bukit Jaya. Ekonomi di situ juga akan stabil dan peluang pekerjaan untuk penduduk tegar yang menanam anggur akan mendapat peluang kedua untuk berbakti kepada negara.
Itu baru “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.
Gua tergezut bila sampai di Bandar, gua perhati yang projek kali ini akan menggunakan ramai tenaga asing untuk disiapkan, ialah nak buat lebuhraya bertingkat, pergh! kat Ulu Tiram ada lebuhraya bertingkat. 5 tahun lagi gua akan pulang ke sini dengan harapan membuka sebuah pusat latihan perfileman, Insyaallah.
Namun perjalanan gua terkandas kerana gua perlu masuk ikut jalan belakang untuk sampai ke rumah mak bapak gua. Argh! tak kisahlah janji kitaorang sampai.
Atok dan Nenek gembira lihat anak, menantu dan cucu cucu mereka pulang beraya bersama.
Gua dah ada projek gua, iaitu ingin tebas rambut ikal mayang gua yang Amy Search pun jeles bila tengok, namun kali ini gua tak nak tebas habis, gua bela rambut belakang gua. Sebelum tu, gua pusing seround port port biasa, namun jerangkung jerangkung tiada, arg! gua celah ke Bandar jelah potong rambut dan ketika itu gua nampak otai kat simpang panti. Apalagi gua selamba macam Arwah Rahman Koboi letak kereta gua tengah tengah jalan.
Salam lebih kurang dengan bobol dan borak borak, ramai pulak yang singgah jadi sesak kejap persimpangan tu. Gua pulak sebenarnya nak cari teman pergi teman gua tebas rambut, namun malas nak cerita, Pak Long yang awalnya nak follow gua kena roadblock kat rumah dia, Argh! terpaksa gua cari orang lain. sekali sampai best friend gua, Pojie. Takde cerita banyak, dia pun ok je.
Kami menuju Desa Jaya, port tebas rambut biasa Pojie. Tika tengah tebas rambut, Aney yang tebas rambut gua tanya gua, Pojie tu siapa, gua pun tanyalah kenapa. Aney tu diam tersenyum. settle sudah rambut gua ditebas, gua pun nak bayar. Lu tahu apa jadi, Aney tu cakap kat gua yang dia tebas rambut gua secara percuma. Wah! dah lama gua tak rasa macam ni, kalau masa gua bujang dulu, memang kalau gua masuk kedai, kedai tu mesti buat sale 100% untuk gua.
Settle tebas rambut, gua nak pergi Param Ulu Tiram, nak sampai hajat awek yang ngurat gua, awek tu nak rasa minum Air Khatira katanya. Gua dengan pojie pun masuk Bandar dan gua sebenarnya malas nak masuk Bandar, dulu dipanggil Pekan kerana sebab sebab tertentu, namun oleh kerana awek yang ngurat gua punya hal, gua masuk jugak.
Gua dah cakap dah, gua malas nak masuk Bandar. Baru je gua nak melangkah keluar dari Hummer gua, dah ada sorang awek tegur gua, Anak Uncle Burn, Shikin aka Chiken yang satu kelas dgn gua dulu dengan anak dia dan pakwe yang si chiken gilakan yang mana gua kenal memang tak hensem pun, si Jef. Gua borak lebih kurang dan gua minta diri, gua cakap yang gua nak pergi pukul orang jadi gua takleh lama.
Gua dengan Pojie masuk ikut lorong tengah untuk mengelak dari dikesan kawan dan seteru lama, namun dah dikatakn orang paling famous suatu ketika dulu, memang kira dugaan jugalah nak melayan setiap satu langkah yang gua ambil sebabnya mesti gua kena bersalaman dan menjawab persoalan. Gua selamba je angkat tangan dan tunjuk pergelangan tangan gua yang tiada jam, harap mereka faham.
Gua jeling jeling mana pakcik khatira champion yang memang tengah gua jejaki, namun harapan gua tak kesampaian sebab pakcik tu mungkin dah sambut raya awal oleh kerana berjaya menjual Air Khatira beribu ribu gelen air atau beribu ribu bungkus plastik. Gua dah malas dah nak usha, gua suruh Pojie sajes kat gua kat mana gua patut beli. Pojie tunjuk je ke satu arah dan gua tak cerita banyak, pergi dan beli 2 bungkus air khatira dan sebungkus air nenas.
Gua celah namun gua terhidu bau karipap yang dah lama gua tak terhidu. Gua toleh, ia memang betul, Si Shuaib sedang berniaga karipap mavelesnya dan kuih Bom pedasnya. Pergh! terus gua mengimbau zaman gua sekolah rendah dulu ketika si shuaib berniaga kuih bom dan karipap untuk bantu mak dia. Gua mesti beli. Gua pun sergah Shuaib dan dia sergah gua balik, kitaorang ketawa berdekah dekah, orang lalu lalang pandang lebih lebih gua sergah, lu apahal!
Gua dah dapat karipap dan kuih bom, gua salam shuaib dan ajak Pojie celah sebab masa nak berbuka dah dekat dan gua pula ada temujanji untuk memulakan takbir raya di Masjid Taman Bukit Tiram. Gua hantar Pojie ke motornya dan beritahu lepas gua habis kerja gua kat Masjid, gua akan singgah port membantu untuk menganyam nipah.
Bersambung….





wahhhhh….
1)Pusat Latihan Perfileman -Gua nak jadi tenaga pengajar..:D
2)Hummer???–kereta Hummer??dasyastttt…bawak blk Hummer raya nih..gua bawak BMW 9series je..
3)Potong rambut freee??—lu mmg hero ar..gua ingt anney tu senyum nak ckp ..”ni pengarah SarahMarah??”..
“SELAMAT HARI RAYA!!!!”
banyak lagi yang gua nak kongsi kalau gua balik kampung ni…
hah! macamana suntingan findingnina dan custom yg kamil buat…
dah ok ke nak tgk?