sebaris ide

// September 15th, 2009 // coretan

bukan senang nak buat benda benda yang senang, pesan gua…

[,]

sebaris ide, cuba lu orang keluarkan sebaris ide yang mampu di eloborasikan menjadi titik titik garisan yang menyambungkan sebuah kesinambungan, lu orang cuba buat…

kalau kurang membaca, melihat dan menilai jangan harap korang akan faham bagaimana sebaris ide itu dikonstruk menjadi asas kepada sebuah struktur penceritaan…

[,]

naik berbuih mulut bertanyakan dekat lu orang, faham ke tidak! lu orang selamba rok fikir yang lu orang sudah begitu hebat…

melalui observasi aku, memang bebudak yang kemaruk nak belajar ilmu filem akan rasa yang mereka itu hebat, aku dulu begitu juga sebab aku belajar filem di New York Film Academy bukan di UITM atau UM, sebuah sekolah filem antarabangsa yang hebat, semestinya pelajar yang keluar dari situ akan juga hebat…

nak tunjuk gua ni memang hebat, gua pergi belajar filem dengan tanggungan penuh pihak kerajaan, fully sponsor, x hebat ke tu…

tapi gua tetap tak rasa yang gua hebat apabila gua tahu yang bikin filem ini bukan memerlukan gua menjadi seorang yang hebat tetapi gua perlu ada sokongan dari mereka mereka yang hebat berfikir untuk berkongsi pengalaman mereka…

dan gua rasa pembikinan filem adalah satu ilmu atau pembelajaran sepanjang hayat yang memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ia bermain dengan falsafah dan jati diri untuk digelar hebat…

gua pernah bikin filem dengan orang yang rasa dia hebat dalam filem tetapi langsung tidak tahu bagaimana proses pembikinan filem itu dibuat, dia hanya tahu buat surat dan baca surat…

[,]

gua gembira bila gua dengan susah payah cuba menerangkan maksud sebaris ide kepada mereka mereka yang hilang punca, mereka kembali kepada asas iaitu belajar perlu ada perasaan rendah diri untuk mendapatkan ilmu…

dan gua suka mereka yang berani berdiri kerana diri mereka sendiri, bukan berdiri kerana ingin berdiri sama tnggi seperti mereka yang hebat…

biar tunduk berisi dan menang di kemudian hari, bukan mendongak langit tegak berdiri longlai tidak berisi…

gua rasa cukup puas hati kalau orang orang yang gua rasa layak berjaya melepasi ujian yang gua sediakan…

[,]

gua rasa gua perlu lebih tegas kalau gua mahu lu orang semua lepas ujian gua yang pertama ini…

lu orang berani, lu orang diri, takde pintu itu gua buka seluas luasnya untuk lu orang keluar dengan hebat mendongak diri…

[,]

gua dah ada mereka mereka yang sanggup mati kerana cinta terhadap pembikinan filem, lu orang semua berani mati?

Blog Widget by LinkWithin

6 Responses to “sebaris ide”

  1. duke says:

    biasalah bro. maknusia ini pelbagai ragamnya. kerana itu adanya insaf dan taubat. sesungguhnya kita mudah lupa bila kita merasakan diri hebat dan diagungkan.

  2. polis says:

    syarat-syarat kemasukkan ke nyfa:
    ada di sini >http://www.nyfa.com/film_school/student_information/
    kalau malas baca, tengok sini> bayar, bayar, bayar (duit, duit, duit)

  3. sutradara says:

    ni apahal polis ni, xde adab agaknya nak menyamar…
    aha, betul org malas mmg selalu xde duit…

  4. sutradara says:

    betul tu duke, ko tgk ragam si polis12jaga tu…
    harap dia insaf dan bertaubat dan jgn malas malas…
    yang hebat hanya satu…

  5. hegira says:

    Eid mubarak minal aidil walfaizin.

  6. sutradara says:

    salam eidulfitri…

Leave a Reply