Pejuang Berani Mati

// September 1st, 2009 // coretan

Esok mula semester kehidupan aku sebagai pensyarah filem di sebuah sekolah yang memang mencari mangsa. Aku antara mangsa yang dikaburi dengan keindahan sebuah sekolah filem yang baru di buka. Rasa macam aku baru habis sekolah semalam je bila kena kelentong terang terangan.

Namun itu mungkin dugaan yang harus aku lalui untuk mengetahui bagaimana untuk merngubah industri perfileman melalui pendidikan filem yang betul.

Di situ aku dapat serap bahawa setiap pensyarah di situ semuanya atau separuh, baru sahaja meninggalkan zaman universiti mereka dan mempunyai azam untuk berjaya dalam kerjaya jadi mereka ini mangsa yang mudah untuk sistem pendidikan yang dipelopori oleh usahawan yang hanya memikirkan wang yang masyuk ke dalam poket dan akaun bank mereka.

Pensyarah yang segar ini tidak kisah jika mereka disuruh unutk mengajar subjek subjek yang bukan sepatutnya menjadi subjek mereka kerana cetek pengalaman. Mereka juga tidak kisah membuat kerja kerja kajian yang sepatutnya dibuat oleh ketua ketua mereka.

Semuanya nampak seperti susah bersama sama dan senang sendiri sendiri.

Bagi aku, di hari pertama aku jejakkan kaki di sekolah ini aku sudah memberontak terhadap semua sistem yang diamalkan oleh mereka. Bukan nak cakap, dihadapan aku, Seorang ketua berbangsa tiong hua yang sangat baik dan menjaga hal ehwal pensyarahnya memberitahu yang pensyarahnya tidak mengajar subjek lain selain subjek teras sekolah mereka sahaja.

Ketua aku seperti lalang yang tidak tahu dimana dia berdiri. Pemegang amanah dekan pula seperti melepas tangannya dan sentiasa cuba bermain dengan akal aku. Silap orang, aku berpengalaman selama 15 tahun dalam dunia rekabentuk dan segala pengalaman dan didikan yang aku perolehi banyak mengajar aku untuk kendali manusia sebegini.

Hari ni aku nak tengok, apa lagi helah mereka. Oleh kerana aku menghormati bulan ramadhan ini, aku akan lemparkan senyuman sinis kepada mereka tanpa berkata apa apa.

Tunggulah.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply