Kembara Pesta Bayu
// August 16th, 2009 // fotografi
Minggu kelmarin, aku diterbangkan ke negeri dibawah bayu yang berjerebu untuk satu festival iaitu festival filem malaysia ke 22.
Buat pertama kali aku menerima pencalonan untuk filem analogi pendek aku bertajuk “Nilai setitik garisan” dan menjadi top 5 walaupun tidak bawa pulang oskar, aku rasa yang menang malam tu sepatutnya tidak dpt oskar tu sebab ada cerita dan lakonan pelakon yang lebih layak menang tapi malas arr nak fikir otokrasi dan birokrasi perfileman yang dah jadi sisa keju tu.
Dan yang sebenarnya pergi pun sebab dapat cuti free dan rehatkan minda untuk seketika. Selamat dpt satu tiket je, kalau dpt lima jawab satu kapal terbang kecoh dengan 3 hero aku yang memang hero aku di masa akan datang.
Banyak dan penuh juga xtvt yang aku lakukan sepanjang 5 hari festival berlangsung dimana setiap xtvt yang aku lakukan tidak ada kena mengena dengan tujuan asal berada kat sini. Cuma masa masa wajib seperti perasmian festival, simposium, makan malam, tayangan perdana, red carpet dan malam festival yang diwajibkan aku untuk hadir.
Terima kasih kepada pihak bertanggungjawab kerana menanggung segala perbelanjaan dan tiket terbang pergi balik yang sememangnya kelas pertama dengan bilik yang aku duduk seorang dan besar giler. Memang besh jadi anak emas FINAS ni sebabnya mereka memang cuba sedaya upaya menyenangkan hati pembikin filem malaysia.
Aku balik ada bawak oleh oleh utk orang orang yang aku sayang dan suka.



