Hukum

// August 27th, 2009 // coretan

Kalau ikut kan akal yang waras, budak kecil yang baru belajar ilmu tauhid sudah boleh nilai mana haram dan mana halal. Ini pula mereka yang sudah merdeka dan berakal.

Aku terbaca sebuah blog yg jadi blog feveret aku setiap hari utk dibaca kerana isi dan ilmu yang ada di blog itu, namun aku agak terkejut apabila kebijaksanaan menulis itu bagi aku (aku rasalah) disalah gunakan dengan menulis sesuatu yang boleh mengubah perspektif dan persepsi pembaca tentang hukum islam.

Iya blog yang aku selalu singgah itu adalah blog bekas pemimpin kita, Tun Dr Mahathir. mesti ko semua dah agak kan.

kalau tidak tahu, bertanya (itu dah betul) sebab dia nyatakan dia bertanya kerana dia tidak tahu namun pertanyaan yang ditanya disertakan segala keraguan tentang hukum islam syariah dengan perundangan sivil dan boleh mengubah pegangan pembaca dari berpegang kepada teras agama yang kukuh kerana ada keraguan itu tadi. Keraguan datang dari bisikan syaitan.

Aku tidak faham kenapa perlu dihujah tentang sesuatu yang telah ditetapkan dan secara logiknya tidak perlu diperkatakan dan diwar warkan. Hukum islam kalau dilaksanakan di negara aku ini, insyaallah negara akan jadi makmur dan aman. Lihat negara Jiran Brunei yang teras mereka memang Islam walaupun tidak berteknolgi tinggi dan mempunyai tiang seri yang mencucuk langit, negara mereka kaya dan aman kerana berpegang pada panji Islam. Perundangan mereka sama, ada sivil dan syariah. Boleh je mereka hidup aman dan damai.

cuma tiada langsung tempat hiburan yang disediakan di tempat awam, kalau nak berhibur kau pandai pandailah berhibur dengan cara kau sendiri.

Dari pengalaman hidup aku yang penuh dengan lumpur dan bersimpang siur, pengalaman itu yang membawa aku kembali berfikir dan menilai bahawa hidup dalam dunia ini satu je perjuangannya iaitu beribadah kepada Allah dan berjuang untuk Agama.

Kepada mereka yang rasanya pandai, bantu perjuangkan agama dengan kebijaksanaan kamu bukan memandai mandai menimbulkan keraguan untuk keuntungan sementara kamu.

Dan kepada perempuan dan wanita yang menjadi pemimpin, kamu sepatutnya duduk diam dan berkhidmat untuk suami kamu, tetapi kerana islam ini adil, kamu diberi peluang berdiri sama tinggi dengan lelaki, namun jangan gunakan peluang itu untuk kamu jadi jahil.

notakaki: nas nas yang hebat sebagai rujukan boleh dibaca disini.

Blog Widget by LinkWithin

2 Responses to “Hukum”

  1. sutradara says:

    moqh, aha memang…
    balik johor dak raya…
    ke balik kampung wife?

Leave a Reply