Dugaan ramadhan
// August 27th, 2009 // coretan
Dah masuk hari ke-5 ramadhan dan dah 5 kali juga aku beriftar. Hari ke-5 ni boleh tahan jugalah dugaan yang aku kena tempuh. Apa tidaknya, orang lain semua berhenti buat kerja gila buat pengambaran tapi aku boleh pulak terbabit dengan satu projek kreatif seorang pelajar UITM yang sedang menghabiskan pengajian Masternya.
Seawal pagi, sebab dah berjanji aku menyonsong kancil aku untuk hadir ke lokasi namun tak juga tepat masanya aku sampai. Lewat setengah jam kira biasa bagi pengarah yang tidak dibayar untuk kerja amal begitu. Ialah pelajar minta tolong untuk siapkan kerjanya. Aku minta 5K dan suruh dia duduk diam biar aku dan gang Filmuda kerjakan kerja tu semua dia tak nak. Dasar keturunun laki cikgu murni betul.
Sampai je kat lokasi, semua dah ada, aku selamba jelah sebab buat kerja amal takdelah aku rasa nak bertanggungjawab sangat. Tapi yang peliknya satu apa pun tak tersedia. Bukan sarapan dan makanan tapi peralatan pengambaran.
Kamera dan Mic klip yang nak digunakan tidak disetting lagi. Pergh! memang akulah yang kena buat. Yelah tenaga kru pun student yang baru 2-3 bulan bergelar pelajar filem dan TV tapi belum belajar apa apa pasal filem dan TV. kira ini pengalaman pertama merekalah. Tu yang semangat habis semua.
Siap semua aku set, aku terus gerak dan bagi signal pada semua utk gerak sekali. Lah! semua tunggu aku rupanya. Kalau aku masuk studio dan tidur macam biasa, mau depa tunggu aku dan ingat aku ada kelas gamaknya. Apalah tuan punya projek, macam tak nak siapkan projek je.
Nak jadi cerita, semalam aku dah sound dia bila nak buat rehearsal sebab aku diberitahu minggu lepas masa sessi casting yang akan ada sessi rehearsal pagi itu (semalam) dan aku pun tungu kat studio dgn harapan dpt kongsi pengalaman mengarah macamana nak berlakon. Sekali rupanya dia tak beritahu pelakon yang ada sessi casting.
Mau ribut taufan Jalan Raja Laut kalau bukan bulan ramadhan sekarang ni.
Jadi hari ini aku beritahu pembantu kamera agar ambil gambar semua dalam bentuk wide kerana ini adalah projek pelajar. Dah lah penat ke hulu hilir macam takde perancangan pengambaran dan tidak mahu ikut cakap aku yang dah berpengalaman ni. Jadi masa sessi preview rushes di bilik tayangan, dia kecoh yang tidak cukup shot dan angle. Aku sedap berdengkur kat belakang.
Terima Kasih pun takde, dia telefon aku ajak aku pergi Shah Alam untuk buat sessi temu ramah dengan Seorang Analisa Jenayah. Woo! aku ni saiko karang mamat tu dok analis aku jawab. Jadi aku beri jawapan yang kurang meyakinkan kepada dia.
Selesai itu, aku dok lepak dengan pelajar aku kat stuido dan kongsi sikit ilmu yang aku ada hingga petang waktu pulang. Oh! si Hakeem pun ada join sebab dia hantar DVD utk festival filem nyamuk nanti.
Cuaca berangin dan awan gelap mula datang. Aku lihat dari jauh anak anak bukit banjaran titiwangsa dah gelap dan dilimpahi rahmat tuhan paling besar. Pergh! hujan siyot. Perlahan perlahan aku nyonsong kancil aku tu pulang.
Ketika nak naik bukit, air yang turun macam sungai putih di australia yang deras dan ganasnya memukul bahagian depan kancil yang aku sonsong. Aku tak mahu kalah. Aku tekan minyak dan pecut memotong kederasan air yang turun dari atas bukit.
Tengah sedap aku pecut naik bukit tu, satu MPV boleh tekan brek dan aku sedikit gelabahlah dan dengan kecekapan mengawal stering yang telah aku turunkan ilmunya kepada Alonso aku kawal kancil dan aku terlihat dua biji moto sedang cantik punya port berborak di lorong kiri jalan macam tak sayang nyawa. Hujan bukan rintik rintik, mat dan minah motor ni baik punya port kat situ.
Aku melintas mereka dan menekan hon kancil ku memberi amaran. Lu nak tahu siapa mamat motor yang sangkut kat tepi jalan tu dan kenapa awek tu berhenti.
Lu pergi baca dekat blog ni kalau betul lu nak tahu siapa mamat tu.
Nasib baik aku tak sonsong dedua pergi HKL.



