TGIF – Kembali

// July 10th, 2009 // coretan

lightmeter

Talian Hayat Berbunyi

[,]

Suara seseorang yang tegas namun lembut ketika berbicara bertanyakan aku dimana, iya seorang yang pernah menjadi imam ketika kami sama sama belajar dan yang banyak memberi kiasan indah kepada semua untuk dimengertikan sendiri.

Terima kasih En. Nor Ahmad kerana menghubungi.

Aku ketika itu sedang menunggu poster analogi pendek aku dicetak diminta hadir segera untuk upacara tayangan “Bias Bayangan” dan penyampaian sijil.

Aku beritahu tukang cetak yang aku akan datang kemudian untuk mengambil poster itu.

.

.

.

Panggung Kecil yang Besar

[,]

Aku menyusup masuk perlahan dari pintu belakang dan langkah kanan pagi ini membantu dengan memberi peluang aku menonton filem bengkel dari mula. Aku ni bukan yang jenis mengharap, jadi seperti tayangan filem di panggung besar yang kecil, aku kosongkan jiwa aku untuk menonton.

Tayangan tamat dan jiwa aku tetap kosong namun ilmu dari perkongsian cikgu & rakan rakan ketika bengkel menjadi pengalaman terhebat dan seperti tayangan slaid foto semua yang berlaku selama 11 hari ditayang di kepala.

Aku tersenyum.

Nama aku disebut dan aku tersedar dari angan, tiba masa untuk terima sijil. Teringat komen Tok yang kata Sijil Bengkel Filem Pendek Crap, tergelak dalam hati je.

.

.

.

Didalam Porsche

[,]

Koperal beritahu bahawa aku dirisik dan bukti bukti telah dikumpul untuk menjatuhkan aku dari terus berjuang. Tergelak aku, Koperal pun tergelak sama dengan perisik yang cuba menunjukkan kebijaksanaan dengan cuba mengunakan nota nota picisan yang dicetak sebagai pendinding menutup kepandaian diri sendiri.

Benar kata Koperal seperti entri aku yang sebelum ini iaitu;

“lebih baik belajar dari kesilapan orang, dari kita belajar dari kesilapan sendiri.”

Semoga berjaya.

.

.

.

Hari Ini Dalam Sejarah

[,]

Aku belajar dari pengalaman hidup yang mungkin tidak sama dari pengalaman yang orang lain belajar, namun dari pengalaman itu aku belajar menghormati orang lain dan belajar untuk menguatkan lagi semangat.

Dan dari itu tiada harga yang mampu dibayar untuk pengalaman itu dan satu yang aku belajar yang paling penting sekali ialah jangan sekali ingat yang kita ini pandai dan berpengalaman dari orang lain dan jangan jadikan umur sebagai hakim memisahkan pengalaman yang boleh dikongsi.

Kepada Abang dan Adik yang berkongsi pengalaman dengan aku, terima kasih atas pengalaman dan kepada yang tak dapat belajar dari pengalaman, Lu Fikirlah Sendiri!!!

Blog Widget by LinkWithin

2 Responses to “TGIF – Kembali”

  1. Tok Rimau says:

    Terimakasih kepada penganjur. Kepada cikgu2. Kepada kawan2.

    Sesungguhnya pengalaman ini amat berharga. Serba sedikit, tahulah kita tendang terajang industri. Fazleena nasihatkan aku utk terus stay indie. Semoga aku cuma sayang kat duit tapi tak jatuh cinta dgn duit. Prinsip mesti ada. Semoga begitu.

  2. sutradara says:

    ko indie aku cerita & visual kecil yang besar…
    sama sama kita terus memegang prinsip gerila…
    ckp tanx kat fazleena..

Leave a Reply