mistik

// July 28th, 2009 // coretan

mystic

10 tahun dahulu

[,]

Aku kerja sebagai pereka DTP di sebuah majalah yang terunggul di dunia. Kadang kadang aku kena buat kerja fotografi merakam foto aksi aksi kumpulan gitar rancak bebas yang baru merangkak rangkak mencari ruang untuk berada di puncak jaya. Penyunting aku masa tu sangatlah mistik orangnya sampai nama pena dia pun yang aku ingatlah ada jugak bunyi mistik mistik ni.

Aku kenal Cikgu Siti Hajar kat situlah, dia selalunya hantar emel je artikel untuk kolum dia tapi ada satu hari tu dia datang sendiri sebab nak ambil cek beberapa keping yang dah berbulan disimpan oleh kerani kerana Cikgu suka mengumpul cek. Tapi aku bukan nak cerita pasal Cikgu Siti Hajar, tapi nak cerita pasal penyunting aku tu yang mistik.

Ada sekali tu aku telefon dia tanya pukul berapa nak sampai opis sebab aku dah sangap tunggu pintu opis dibuka sebab kerani pun ikut suka hati dan paru paru dia je nak datang pukul berapa dan bos aku masa tu memang selalu datang petang dan terpikullah tanggungjawab itu kepada penyunting aku yang mistik tadi tu. Ketika tsedang bercakap melalui talian hayat yang mengunakan siling siling beberapa keping untuk bercakap, aku terdengar suara awek sedang sama bercakap di talian hayat yang sama.

Aku pun selambalah tanya kat penyunting wa tu dia dengan siapa, dia punyalah terkejut, aku syaklah dia terkejut sebab cara dia respon macam dia terkejut sambil bertanya kat wa yang dia sorang je kat rumah. Aku malas nak layan dan aku beritahu dia suruh sampai cepat sebab ada color proof yang perlu di hantar hari ini, kalau tak bapak besar mesti mengaum nanti.

.

.

.

Sejam kemudian.

[,]

Manusia mistik pun sampai dan aku pun dah sarat dah perut aku penuh dengan air. Belum sempat aku nak buka mulut dia beritahu yang dia perlu pulang ke kampung sebab ada perkara yang perlu diselesaikan. Diberinya aku kunci pejabat dan diberitahunya aku supaya jaga pejabat baik baik. Apa hal pulak mamat ni cakap macam dia nak mati pulak ni, aku tetiba rasa syahdu sebab manalah tahukan, so aku pun minta maaf dan halal makan minum lah terlebih dahulu.

Mistik pulak rasa semacam dengan aku, namun dia cuba sorok perasaan dia. Aku tahu dia mesti nak menangis tapi wa celah terus masuk pejabat dan menyelesaikan kerja tertunggak dari pagi tadi.

.

.

.

Petang

[,]

Bapak besar sampai dan tanya aku pasal color proof untuk cover bulan ini dan beritahu aku yang 2 – 3 hari nanti aku akan dapat pembantu. Aku punyalah suka sebab akan ada gang untuk jamming kat bilik lepas geram sebelah bilik rekabentuk yang aku selalu jadikan bilik tidur aku bila tiba masa masa genting penerbitan majalah terunggul di dunia itu.

Bapak besar tanya aku pasal si mistik dan aku beritahu yang dia perlu pulang ke kampung sebab ada perkara yang perlu diselesaikan dan aku pun secara jujur bercerita yang aku lewat masuk kepejabat hari itu dan sampailah ke cerita yang aku dengar suara awek bercakap dengan aku masa aku bercakap dengan dia di talian hayat itu.

tergelak besar bapak besar ketika mendengar cerita aku, angin dan mahu je aku lempang sembilan puluh sembilan kali je muka dia.

Dia sedar yang aku angin, suasana hening sebentar dan terpacul sesuatu yang aku tidak sangka selama ini.

Si Mistik tu khunsa, Ajin.

Melopong dan meremang geli geleman sekejap aku bila bapak besar beritahu aku kedudukan sebenar.

.

.

.

2 hari lepas

[,]

Aku baru pulang menonton antoofighter di FINAS dan sedang menuju ke velodrom cheras utk pergi ke downtown KL tetapi tidak jadi dan kami menuju ke KFC wangsa maju dan dalam masa dan ketika perjalananan itu aku mendapat sms memberitahu pengarah 1malaysia sudah kembali ke rahmatullah. Yang boleh aku buat masa tu sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Ketika sedang menjamu ayam ayam goreng yang sedap hingga menjilat jari, aku terpandang sesusuk tubuh wanita bersama seorang lelaki di luar tempat permainan kanak kanak sedang melihat seorang kanak kanak bermain. Apa kejadah bawak anak bermain ditengah malam ni, namun selepas beberapa ketika aku baru sedar bukan sebab membenarkan anak bermain malam yang membuat aku asyik sangat nak tengok mak budak tu tetapi mak budak itu aku kenali dan dia adalah mistik yang pernah aku kenal.

[,]

woo, mistik sungguh.

Blog Widget by LinkWithin

2 Responses to “mistik”

  1. farisshedi says:

    wooo.. mistik2.. seronok baca cerita ni..

  2. sutradara says:

    seronok jgn x seronok.

Leave a Reply