Kritis & Kreatif
// July 14th, 2009 // coretan
kembali lagi
[,]
Baru dua hari aku kat sini dan aku rasa hari kedua aku sudah memecahkan tradisi pengajaran di sini. Kelas Pemikiran Ktitis dan Kreatif yang aku kendalikan tadi membuat pelajar yang pada mulanya macam kucing gatal malu malu bertemu kucing betina menjadi aktif.
.
.
.
Aku sendiri didalam ruang ilmu menanti penghuni lain untuk memenuhi ruang cahaya ni. Tak sampai 5 minit ruang dipenuhi dan semakin dekat menuju titik akhirnya, ruang hampir penuh.
Aku masih sendiri, memerhati mereka.
Ada yang lihat lihat dengan macam macam gaya. Ada yang masuk dan duduk diam tanpa toleh kiri dan kanan. Ada yang berani terus berkenalan dengan anak anak gadis.
Detik titik akhir melepasi penamat. Mereka masih galak bercakap dan diam menunduk.
.
.
.
Aku bingkas bangun menuju pintu dan menekan punat mengunci pintu. Tanpa basa basi aku bertanyakan kelas apakah ini. Mereka semua terdiam dan mana diantara yang masuk dengan muka hensem memandang sinis kepada aku hilang terus cahaya di muka.
Critical & Creative Thinking, jawab salah seorang dari mereka.
Secara kritis aku terus menuding jari kepada salah seorang pelajar dan menyuruhnya bertanyakan Nama, Asal dan dari Fakulti mana kepada salah seorang lagi yang secara langsung aku tuding jari aku padanya.
tersipu sipu mereka berdua. Usai berlaku peristiwa yang menyedarkan mereka selama beberapa minit itu aku menerangkan situasi dan apa yang sedang berlaku.
Sessi suai kenal dan pecah air batu.
[,]
Sedang kami mula membangkitkan ion ion positif antara kami, rupanya ada juga yang tidak menghormati masa. Mereka dalam perhatian aku kerana menganggu ruang permainan yang sedang rancak. Namun mereka cepat berinteraksi antara satu sama lain dan aku.
segalanya positif.
.
.
.
selesai pengenalan pemikiran kritis dan kreatif.
[,]
aku memecahkan mereka dalam kumpulan dan memberi mereka tugasan berkumpulan.
Dengan tajuk tugasan “what if” human can fly, aku mengarahkan mereka untuk membuat satu statement, propaganda, provokasi, reformasi, identity dan promosi atau yang berkaitan yang mereka boleh fikirkan secara kreatif untuk di hujah pada kelas yang bakal menyusul nanti.
.
.
.
Aku gembira.
[,]
Bolehkah aku mengajar Komunikasi Inggeris sedangkan bukan bidang aku?



