Durian Tidor

// July 2nd, 2009 // coretan

Babak Sebabak

durian

[,]

dengan lembut cikgu beritahu aku yang projek ini bukan projek seorang individu tetapi adalah projek kerjasama. aku ketika itu sedang merancang shot yang mahu aku ambil nanti masa pengambaran filem pendek yang akan aku kuratorkan dan ketika itu juga aku sedang melihat kebun durian yang bersih dijaga di belakang lokasi tempat bakal pengambaran berlaku.

Aku sudah dapat apa yang aku mahu di lokasi itu dan seperti yang aku kata, aku akan beri kerjasama 300% untuk projek ini.

.

.

.

dalam tidak sedar aku bermadah bahawa isi durian kalau di makan seorang memang nikmat dan azab pun kena tanggung sendiri kerana aku sedang memikirkan bila buah durian yang tergantung di pokok di kebun sinun akan jatuh.

[,]

Cikgu menjentik rokoknya jauh dan berpaling.

.

.

.

aku tidak sedar yang dia ada di situ.

[,]

Nota kaki: Selamat ulang tahun sahabat, semoga panjang umur.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply