Apple vs MTB
// July 25th, 2009 // coretan
SKTM II
[,]
Awek yang mengurat aku tersenyum simpul sambil bibirnya dan lidahnya menghisap eskrem lembik yang dijual di hadapan sekolah dengan jenama mingo mingo, lucah plak bila jenama tu ditulis.
Aku beritahu awek yg shiok giler kat aku tu yang Apple dah distribute Macbook Pro 13′ dgn harga dibawah 5k, dia tersenyum sambil menghisap eskrem lembik tu dan cakap kat wa yang dia dah lama tahu. Wa memang slow bab bab ambil tahu perihal marketing Apple ni, tapi tak kisah arr wa peduli apa.
Awek tu beritahu dia nak dapatkan yang murah murah je yang dalam lingkungan harga 2k kebawah yang mana mmg berlambak di Pasar Runcit Uncle Low sekarang ni, yang besar dan kecil semua ada, byk pilihan dan boleh buta mata dan makan tanahlah kalau berhabis kat pasar runcit tu. Wa selalu saja terkena bila wa gi sana.
Wa beritahu awek yang ngurat wa tu, kalau beli pastu asyik kena serang virus tak guna juga, harap besar tapi tak puas sebab tak tahan lama.
[,]
Eskrem mula meleleh dan awek yg shiok giler kat aku tak tunggu lama dan perhabiskan eskrem lembik tu dan beritahu wa yang dia tak kisah kalau wa nak belikan Apple tu untuk dia sambil menghisap lelehan eskrem yang meleleh kat jari jarinya.
Wa sengih sumbang kambing kena sembelit dengar dia cakap macam tu, dan entah dari mana wa dapat ide, wa beritahu awek yang ngurat wa tu sebab wa tahu dia memang shiok habis kat wa untuk belikan wa MTB fullsus sebiji selepas tamat latihan mengumpul stamina wa nanti.
Awek tu memang betul sayang kat wa, dia tanya berapa harga sebiji MTB fullsus, wa beritahu harga sebiji MTB fullsus baru dalam 7k – 10k.
Terkejut beruk awek yg shiok kat wa tu dan terus dia cakap yang dia ingat nak belikan wa basikal yang harganya 2 – 3 ratus je dan ditambah lagi dengan formula mustahil yang membezakan harga sebiji Apple 13′ yang berharga dibawah 5k yg wa cadang nak bagi surprise kat dia sebab sayang kat wa itu harus dibelinya aku sebiji MTB fullsus yang 2 kali ganda harganya dan dikatakan wa tidak adil.
[,]
nampaknya awek yang ngurat wa dah tahu formula pemboleh ubah yang wa selalu gunakan.



