terbayang

// June 30th, 2009 // coretan

Macam bagus je aku ambil alih tugas faci bengkel dan meminta rakan rakan lain bagi ide kecil mereka terhadap tema dan mesej filem pendek yang hendak dibuat hujung minggu ini.
.
.
.
3 cerita dengan tema berbeza berentap cuba mendapat simpati aku dan aku pula mengharapkan satu cerita yang bertajuk “Kerusi” menjadi pilihan rakan lain kerana tema dan mesejnya yang jelas dan kuat dan berunsur islamik akan menang pertandingan tetapi tiada bantuan ide dari rakan lain untuk membantu aku buat keputusan dan ide orang saiko yang suka membunuh yang ironinya dia dibunuh diakhir cerita menang majoriti.
[,]
aku hidup dalam demokrasi dan mengumumkan cerita yang dipilih dan pilihan tajuk mula dibincang bersama sama
[,]
dan seperti baru menang kerusi DUN rakan rakan memberi ucapan tahniah kepada pemenang.
.
.
.
Bias Bayang.
[,]
jelas terbayang kepuasan terpancar di wajah pemenang dan ketika hendak pulang dia menjerit nama aku dan mengajak aku minum.

taktikal keris dalam sarung berjaya dan aku menanti habuan aku dan aku di bawa ke restoran makanan segera bersama faci dan seorang koperal tentera darat menyambut kemenangan.
.
.
.
aku mendapat panggilan dari selatan bertanyakan entri aku sebelum ini dan aku bertanya ” nama kau tersenarai, kenapa tak datang?

Aku menunggu panggilan dari mereka namun hampa, jawab rakan aku di corong telefon bimbit aku. Aku cadangkan dia hadir hari ini kerana kami baru sahaja bermula dan hari ini kami akan mula menulis cerita.
[,]
adus!!! kenapa talian hayat aku lambat digunakan.
[,]
ketika menjamu juadah burger bertingkat dan minum air berkarbonat aku disogok untuk bersama sama menjadi pengarah menjayakan filem pendek itu.
[,]
aku habiskan makanan aku dan beritahu aku akan beri kerjasama 250% menjayakan projek tuan pengarah.
.
.
aku angkat kaki belah.

[.]

Bias Bayangan.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply