Raw Power

// June 26th, 2009 // coretan

bercerita pasal hebat dan kreatifnya rakyat malaysia hinggakan bentuk karipap yang telah penat difikirkan oleh penciptanya diolah semula dan evolusi berlaku dan berbagai bagai rasa, bentuk dan cara nak buat karipap tapi ianya berbeza dari yang asal.

.

.

.

Ditanya kepada tukang masak yang masakan memang sedikit pun tak pernah berubah rasanya dari pada zaman Datuknya menjadi tukang masak dan kini cicitnya pula meneruskan lagendanya masakan moyangnya itu.

Dengan beberapa petua dan tips yang sememangnya menjadi disiplin yang dikekalkan, mereka semua menerangkan dengan bahasa dan lenggok yang sama, sikit pun tidak lari seperti membaca dialog yang ditulis mereka berkata;

apa yang di ajar kepada kami, di ajar mengikut lunas dan disiplin memasak yang harus dihafal dan tidak boleh diubah sewenang wenangnya cara pembuatannya dan ini telah dilakukan selama beberapa generasi dan jika kami buta sekali pun langkah langkah yang di ajar tidak akan kami tukar atau permudahkan.

.

.

.

Untuk menerapkan sesuatu yang baik dan boleh diterima orang ramai, kesabaran dan keikhlasan menjaga sesuatu ilmu itu haruslah kekal sepertimana iya di ajar dan langkah langkah membuat karipap yang unggul akan menjadi kegilaan orang ramai.

.

disebabkan rakyat malaysia semuanya pandai mengolah, tiada sesuatu pun kejayaan yang dapat diulang dan dinikmati kembali seperti dahulu…

Hidup Ulu Tiram!!!

Blog Widget by LinkWithin

2 Responses to “Raw Power”

  1. jajadomaq says:

    Untuk maju dan terus mara kehadapan, perubahan & pengolahan sesuatu perkara harus juga dilakukan supaya seiring dengan kehendak masa dan zaman.

    Cuma yang tak boleh diubah atau diolah hanyalah agama dan ajaran yang dibawa oleh agama sahaja. Selain dari tu…… ikutlah rentak dan kehendak semasa supaya tak kehilangan dan di bawah tempurung yang makin berkulat.

    Note: Suka karipap pusing inti durian!

  2. sutradara says:

    entri berikut…

Leave a Reply