pesta tahun akhir
// June 14th, 2009 // coretan
Mungkin ini adalah budaya bagi pelajar pelajar malaysia yang menantikan tahun akhir mereka sebelum melangkah ke dunia luarbiasa.
Aku di jemput khas oleh Abang Khairulfazi untuk menonton dan menilai tahap kreativiti pelajar pelajar film, tv & video dari ASWARA di majlis penilaian tahun akhir mereka. Apa yang aku harapkan dari sebuah institusi yang membawa pembangunan seni dan budaya meleset jauh menjadi sebuah institusi yang hanya gah pada nama seni & budaya.
Pelajar yang sepatutnya membawa imej orang seni dan orang budaya jauh terpesong seni & budayanya apabila pelajarnya seperti seorang anak kecil yang kehilangan ibubapa di pasaraya, terjerit terlolong membuat suasana hingar bingar didalam dewan tayangan.
Aku boleh tolak ketepi hal ini sekiranya mereka mereka ini masih dalam tempoh pra matang dan belum akil baligh tetapi mereka sudah boleh berfikir dan mempunyai akal untuk bertindak seperti monyet kepanasan didala dewan yang sejuknya aku syak dibawah 16 darjah celsius, iya memang sejuk macam masa aku berada di UK dan NY.
Ketika kesejukan melanda, aku cuba fokus kepada skrin dan menonton dengan hati yang kosong kerana aku mahu mencari intipati cerita yang ingin disampaikan oleh pelajar pelajar ini. Apa yang didapati adalah mereka sememangnya kreatif dan mempunyai banyak ide tetapi sekiranya disumbat setiap ide didalam satu cerita yang mengambil masa 10 hingga 15 minit bagi aku mereka tidak dibimbing sebaiknya.
Tiada betul dan salah dalam pembikinan sebuah cerita di layar tetapi seperti selalu aku sebut biarlah ianya tertumpu dan fokus kepada satu permasalahan dan pastikan resolusinya jelas maka aku sedikit kesal sekali lagi dengan bakal bakal pembikin filem ini kerana dimbimbing secara songsang atau pun mereka sebenarnya menolak bimbingan yang diberi oleh guru guru yang mendidik mereka.
Mengimbau kembali ketika aku menjalani penilaian tahun akhir bagi degree aku di UK, selagi ide dan kertas kerja untuk showcase projek akhir aku tidak dliluluskan maka akan tiadalah showcase untuk aku dan alhamdulillah Kembara Artrevolt Project yang menampilkan hasil kerja grafik interaktif media baru aku dan beberapa artis digital yang aku pilih dari serata dunia diluluskan oleh penyelia aku dan aku ditawarkan untuk meneruskan ide aku itu apabila pihak universiti menawarkan aku Master in Science on Digital Media.
Gua, Murai, WebTV, Jomstar bleh di rujuk sebagai lebih kurang sama dengan kerta kerja dan showcase pelajar aku ketika itu.
Namun bukan itu yang aku nak cerita, tapi prosedur bagi seorang pelajar untuk mendapat kelulusan bagi projek penilaian tahun akhir mereka disana amatlah ketat dan tiada kompromi. Pelajar harus memberi 200% fokus terhadap subjek yang hendak dibuat dan penyelidikan yang dibuat haruslah relevan dan mempunyai sumber fakta yang tepat selain sokongan dari beberapa pihak yang boleh membantu menjayakan projek itu.
Namun disini sekiranya sistem itu tidak diperkukuhkan dan dikaji semula, pelajar yang bakal menjadi pemangkin industri akan menjadi tepu dan memerlukan sudu untuk bijak membuat keputusan.
Nota kaki: Seorang wanita yang membuat master di Uni Malaysia Sabah membuat kertas kerja yang teruk boleh dilepaskan meneruskan projeknya yang tiada sumber dan fakta yang tepat dan dia mempertikaikan keputusan panel khas geran filem pendek FINAS kenapa tidak meluluskan kertas kerjanya.




wah!
apa yang wah! tu aie?