Kolar kolar berdaki

// June 11th, 2009 // coretan

Rajinnya aku pergi menghadiri satu temuduga di sebuah kolej universiti yang terkenal dengan bermacam macam masalah namun menghasilkan graduan yang menjadi pemain tetap industri kreatif.

Aku adalah salah seorang tapi hari ini aku datang sebab mereka mahu seorang pendidik dalam sekolah filem mereka.

Terkejut melihat ramai sedang menunggu dengan wajah separa kontrol dan ada juga yang buat muka macam khinzir sesat.

Aku datang sesempoi boleh kerana aku tak letak harapan tapi kalau diberi peluang utk aku kongsi ilmu yang aku tahu, takkan aku lepaskan peluang.

Tika ini di sebelah kanan aku ada seorang yang aku syak bontotnya ada bisul dan kepalanya ada kutu. Sudah berkali kali dia bertanyakan lama mana lagi dia harus menunggu.

Nak je aku lempang muka khinzir dia tu berkali kali, sebab dia semua yang menunggu terkena penyakit bisul dan kutunya.

Nasib baik aku guna sabun protex dan tika ini aku lihat dia sudah mula bangun dan membuat muka kesian.

Nota kaki: aku seorang saja berbangsa melayu.

Blog Widget by LinkWithin

3 Responses to “Kolar kolar berdaki”

  1. faris says:

    hehe..simptom H1N1 tu..

  2. nasrulhakeem says:

    hahahahhaaaa…….’encik aaaa…lama layi ka saya mau tggu???…’

  3. sutradara says:

    salam, keem…
    kena speking london beb…

Leave a Reply