Apa hal dengan lu ni!!!

// June 29th, 2009 // coretan

Hari ini aku kembali ke ruang yang pernah aku datang dan menimba ilmu bikin filem.

[,]

entah aku pun tak tahu dari mana muncul satu loyar yang aku kenal dulu dulu, pun join masuk bengkel ni dan ada beberapa lagi manusia yang menyertai bengkel ini. Lepas tu sorang brader tu pulak aku memang kenal sangat sangat. Rasa macam perjumpaan yang dirancang pulak.

Orang yang jadi cikgu pulak boleh orang yang bagi aku tak sesuai sangat jadi cikgu dan patut dia tu duduk je kat opis atau lokasi pengambaran kerana tak berbakat langsung jadi cikgu dan nak bikin hati aku panas dia boleh pulak main timbang timbang dekat loyar yang aku kenal tadi tu.

aku dah mula cakap lepas je kat loyar tadi tu sebab tak habis habis nak cerita pasal dia kerja dengan seorang pengarah yang bergelar profesor, lagilah panas dan terbakar aku.

[,]

cikgu tadi sound aku untuk beri kerjasama 100%

[,]

apa ke hal pulak cikgu ni cakap macam tu, jadi aku pun cakap lepas lagi je pada semua aku akan bagi 200% kerjasama aku dengan memberi kritikan yang terbaik terhadap apa juga yang cuba di buat ketika sessi bengkel ini berjalan yang mana tinggal 10+1 hari untuk aku tempuh.

.

.

.

loyar tadi mula membuka langkah untuk menjadi orang pertama memberi ide bijak dia dan mula melobi untuk mendapatkan tempat pertama di ruang credit di awal cerita.

[,]

ada ke nak buat cerita pasal seorang saiko yang suka membunuh dan cakap dengan cerita pendek seharusnya menunjukkan ironi sesebuah subjek yang ingin diceritakan. ini sudah mencabar wibawa aku dan aku terus dengan satu soalan bertanykan apakah tema dan mesej yang si loyar ini cuba sampaikan?

[,]

aku bukan nak tunjuk pandai dan bukan nak tolak ide dia, cuma aku nak pastikan cerita itu ada tulang belakang untuk berdiri.

.

.

.

seperti yang aku cakap akan memberi 200% kerjasama kepada mereka dengan menolak cerita itu kerana cerita itu tiada kena mengena dengan apa yang dikatakan iaitu….

[,]

kita ini orang malaysia dan kita sepatutnya bercerita perihal budaya orang di malaysia.

[,]

adakah orang malaysia semuanya saiko dan suka membunuh? ini adalah virus sebenar yang menjadi karat kepada ide kreatif penulis dan pencerita.

Blog Widget by LinkWithin

2 Responses to “Apa hal dengan lu ni!!!”

  1. Tok Rimau says:

    Aku tunggu FINAS panggil untuk Bengkel Film Pendek. Entah bila?

  2. sutradara says:

    nama tok antara peserta yang disenarai…
    kalau sempat turun lah…

Leave a Reply