Pekan Frinjan

// May 25th, 2009 // acara

pekanfrinjanPekan Frinjan: Edisi Mei akan dijalankan di tempat biasa (pondok bas Menara Jam Dataran Shah Alam belakang Plaza Alam Sentral) di mana pelbagai upacara debauceri akan dilangsaikan.

Fleamarket akan dibuka jam 3.00 petang.

Bacaan puisi oleh barisan teruna dan — urm — dara yang hebat akan bermula jam 5.00 petang.

Gig akustik “Rondo Asfalt” oleh pelbagai penyembah (n. Orang yang akan melakukan persembahan) yang hebat-hebat belaka akan bermula jam 8.00 malam.

Masuk percuma sebab tempat tu tak de gate.

Sila hadir atau kami akan culik kamu di tengah malam gelap gelita dan lakukan pelbagai ujikaji yang menyakitkan ke atas kamu.

Blog Widget by LinkWithin

Leave a Reply