Aku Rakyat Malaysia

// May 24th, 2009 // coretan

Minggu lepas, aku menyaksikan tiga filem cereka yang berada didalam kategorinya yang tersendiri namun berada didalam dunia yang memerlukan ilmu seorang guru. Ia guru memainkan peranan yang penting terhadap kehidupan. Guru juga yang membentuk masa depan dan Guru juga menjadi satu modul ikon kepada pelajar pelajarnya.

Berbalik kepada apa yang berlaku minggu lepas, ia aku memulakan minggu aku dengan menonton sebuah filem pelajar dari UITM yang bertajuk “Tiga Budak Melayu”, kemudian aku menonton sebuah filem propaganda bertajuk “Gadoh” di HELP universiti dan akhir sekali aku menonton filem yang penuh dengan bahasa bahasa sinis bertajuk “Talentime” di FINAS.

i.

3 Budak Melayu adalah cerita yang berkisarkan kepada kehidupan 3 penuntut tahun akhir jurusan perfileman yang berdepan dengan masalah untuk menyiapkan projek akhir mereka iaitu membikin filem. Berbagai permasalahan dan konflik yang dipertontonkan seperti sememang susah untuk membikin filem ini lagi lagi sekiranya seorang pelajar yang ingin membikin filem, namun akhirnya mereka berjaya dengan terbit filem “Tiga Budak Melayu”.

Tahniah kepada kru dan tenaga pelakon profesional yang terlibat dalam produksi “3BM” itu, namun secara ringkasnya aku terganggu dengan apa yang dilakukan oleh mereka, iaitu pelajar pelajar ini. Adakah mereka tidak belajar dari guru penulisan mereka tentang struktur cerita. Adakah mereka dengan sambil lewa menolak struktur cerita sebuah karya filem, atau mereka sememangnya tidak tahu apa itu struktur penceritaan kerana silibus disekolah tidak mengajar mereka apa itu struktur penceritaan.

Ia aku syak sememangnya mereka tidak belajar dan diajar tentang struktur penceritaan dan mereka hanya diajar untuk menyiapkan projek mereka untuk mendapatkan markah agar mereka keluar sebagai pelajar lulusan filem dan penulisan dari UITM dan pertanyaan yang aku tujukan kepada dekan mereka tidak terjawab dan persoalan itu ditujukan kepada pelajar pelajar yang baru mahu mengenal dunia filem yang penuh dengan visual yang indah khabar dari rupa.

Yang mengganggu aku bilakah kita nak memartabatkan penulisan layar sekiranya silibus yang diajar tiada menitik beratkan struktur sebuah cerita yang mahu difilemkan, biar pun mahu membikin sebuah filem indie, struktur cerita itu perlu ada dan itulah jiwa sebuah filem sebelum ilmu pengarahan diserapkan kedalam cerita itu tadi.

ah, aku bosan dengan sisa sisa keju ini.

ii.

Gadoh bagi aku adalah sebuah filem hari guru yang baik dengan penceritaan yang sesuai dijadikan tontonan pelajar dihari guru. Cerita ini berkisarkan Azman seorang aktivis teater yang ditipu oleh Ann untuk mengajar teater disekolah yang pernah menjadi sekolah Azman. Gaya dan struktur yang aku syak ada diambil dari penceritaan “To Sir With Love” dan “Coach Carter” ini digarap sempurna oleh aktivis teater Nam Ron.

Berisikan dengan dialog yang banyak menyentuh sikap dan pemikiran rakyat malaysia itu sendiri, Gadoh sememangnya berjaya membawa mesej bahawa guru itu lilin. Namun sekiranya pendidikan itu dipolitikkan ianya akan menghancurkan bukan sahaja murid tetapi jati diri guru itu sendiri. Namun dari sudut struktur penceritaan, cerita ini seperti filem filem terbitan di malaysia ini tiada struktur cerita namun subjek dan premisnya begitu kuat sekali.

Menyentuh tentang premis cerita ini, ia sebelum menonton aku dan isteri telah diberi satu borang survey yang mana seperti biasa bertanyakan soalan soalan yang merujuk kepada filem ini namun ada satu soalan yang menjadi tanda tanya kepada aku pabila soalan itu bertanyakan pandangan aku terhadap bangsa bangsa di malaysia.

Ni apahal pulak ni nak tanya berubahkan perspektif dan pandangan aku selepas menonton filem ini. Aku sudah dapat merasakan ada sentimen dan perjuangan bawah tanah yang sedang berlaku, sebagai seorang yang berjuang ala ala gerila dan berkiblahkan perjuangan komunis komunis dunia suatu masa dahulu aku dapat merasakan bahang bahangnya.

Ia, betul negara ini memerlukan perubahan namun perubahan yang cuba kamu semua perjuangkan itu adalah perjuangan peribadi dari lensa mata dan runut bunyi yang cuba kamu semua corongkan ketika itu. Aku dilahirkan sebagai satu bangsa yang mana didalam negara aku ini terdapat berbagai bangsa lain.

Dan kami hidup MUHIBBAH di dalam satu negara yang dipanggil RAKYAT MALAYSIA. Jika kamu mahukan perubahan, ubah perspektif kamu untuk hidup MUHIBBAH didalam satu negara yang mempunyai berbagai bangsa.

Aku tidak bersetuju sekiranya filem ini di tayangkan ke pelajar sekolah, universiti, kolej dan kepada orang awam dengan membawa mesej untuk mengubah pemahaman MUHIBBAH rakyat malaysia yang bagi aku tidak kiralah ianya “1 Malaysia” atau pun “Muhibbah” ianya tetap sama dan kita sebagai rakyat malaysia harus faham sedalam dalamnya erti “1 Malaysia” atau “Muhibbah” itu kerana itu yang kita perjuangkan dan pertahankan dan jangan sesekali kita biarkan penjajah menjajah keharmonian yang telah kita kecapi selama mana kita telah MERDEKA.

AKU BANGSA RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM DAN AKU BANGGA HIDUP MUHIBBAH BERSAMA BANGSA LAIN DI MALAYSIA INI.

iii.

seterusnya pada hujung minggu aku pergi ke FINAS untuk menonton filem yang aku rasa mampu menenangkan jiwa aku setelah dua filem sebelumnya banyak bermain dengan perasaan dan perjuangan aku. Ia Talentime sebuah filem malaysia yang diarah oleh pengarah yang berfikir iaitu Yasmin Ahmad.

Aku suka pengarah ini kerana ceritanya mempunyai struktur tetapi dengan gaya dan penceritaannya sendiri. Mungkin kerana pengarah mempunyai latar belakang komersil yang memerlukan struktur cerita jadi tidak hairanlah kiranya pengarah ini berjaya membangunkan struktur ceritanya sendiri.

Aku agak lega setelah menonton filem ini dan ingin duduk berdiskusi berkongsi sedikit sebanyak perkara perkara yang aku tahu dengan pengarah, moderator dan penonton namun sedang aku asyik mendengar ulasan dari moderator aku mendapat panggilan dan aku diperlukan. Jadi aku pulang setelah bersalaman dengan Abg Khairul, Abg Mansur Puteh dan 2 org kanan aku yang sentiasa berjuang dengan aku.

Aku sekali ini menegaskan bahawa perjuangan yang betul harus mempunyai niat yang betul dan jangan sesekali cuba bermain dengan sentimen bangsa kerana kelak semuanya akan binasa dan yang mendapat untungnya adalah mereka yang berdiri sambil tersenyum melihat sebuah negara majmuk jatuh akibat rakus tikus yang menghidangkan sisa sisa keju tikus hapak.

Blog Widget by LinkWithin

5 Responses to “Aku Rakyat Malaysia”

  1. dvd 3BM…ingt movie..rupanya trailer ja..huhhuhhu./..

  2. sutradara says:

    hahaha…
    mana ada bajet nak bagi movie…
    kau ni…

  3. faris says:

    Kalau kita hidup muhibbah, lebih mudah dari hidup sebagai satu bangsa. Kerana dengan muhibbah, kita menghormati satu sama lain dan tidak menganggu sensitiviti bangsa lain, dan kena sentiasa ingat perlembagaan yang menjadi satu daripada 5 rukun negara. Bersama kita berlainan bangsa hidup bersatu padu, sebagai RAKYAT Malaysia.

  4. Bell says:

    3 Budak Melayu memang filem sampah, aku tgk kat Finas itu ari. Kalau ini le pengarah masa depan kita, aku rasa filem Prof. Razak lagi bagus, sekuran-kurangnya ade target audience, ini tak, syok sendiri. Paling sial babak Radhi Khalid tu, buruk gile. Aku rasa diorang ni tak belajar ape pun, nak markah aje. Semua benda out, video pendek budak sekolah menengah kat youtube lagi best..

  5. sutradara says:

    Pembikin filem yang masih digelar pelajar yang belajar songsang mmg penceritaan dia bercelaru. Pelajar tu perlu bimbingan yang betul bukan melepaskan 100% hasil kerja tu kepada pelajar dan kat situ ada pendidik filem yang perlu membimbing mereka.

    x blh juga nak dilabel sampah kerana hasil pelajar tu ada, seperti cerita, mesej dan idea yang hendak disampaikan tetapi cara pelajar itu diajar tidak sempurna dan teratur strukturnya.

Leave a Reply