Terang dalam gelap
// April 28th, 2009 // coretan
Aku bagaikan tidak percaya apabila urusan untuk bertanyakan bagaimana caranya agar aku boleh mendapat bantuan peralatan pengambaran untuk perancangan filem cereka indie aku menjadi sesuatu yang menarik minat seseorang yang penting dalam industri komersil pembikinan filem.
Katanya rugi kalau aku membuatnya dalam naskhah indie kerana jiwa dan nyawa cerita itu adalah sesuatu yang baru dan diperlukan dalam industri. Aku tetap mencari berbagai alasan kenapa aku mahukannya dalam naskhah indie, kerana itulah niat yang aku pasang setelah kembali dari luar negara kira kira setahun berlalu.
Aku tidak mahu naskhah yang aku kaji dan garap melalui pengalaman hidup aku dan juga penilaian terhadap karya karya hebat yang menjadi nadarasa pilihan aku iaitu penceritaan jenayah yang hanya aku boleh bikin dengan menjadikannya naskhah indie.
Hingga kemalam ini setelah aku baru mula merangka semula naskhah itu, aku tetap berpegang kepada niat aku yang awal tadi, dan sekiranya ianya menjadi takdir aku untuk melakukannya dalam naskhah yang boleh membantu aku masuk terus kedalam dunia luarbiasa yang selama ini aku hanya melihat dari luarannya sahaja.
hingga ke hari itu, doa aku agar tuhan permudahkan segala urusan dan melancarkan segala ucapan aku agar aku dapat berdiri tegak bagai pendekar melayu, dan meneruskan perjuangan aku disamping menyimpan rezeki yang halal dan diberkati.
Hingga ke hari itu, aku boleh lihat sisa keju yang akan dihidangkan oleh tikus tikus hapak namun aku tetap aku dan karya aku datang dari pemerhatian dan pengalaman aku dan ianya bukan untuk mereka mereka yang bijak tetapi untuk mereka yang berfikir…
biar aku tinggalkan satu peluru untuk perjuangan akhir aku…




ya, teruskan berjuang.
jatuh bangun…
tertiarap tersungkur…
itu juga perjuangan…
bila nak join de scriptwriters club…?