penglipur lara
// April 22nd, 2009 // coretan
Dalam kesibukan produksi, aku telah dikejutkan dengan satu keinginan menulis sebuah buku. Ia buku tentang Seni & Gaya Penceritaan Filem, Telefilem dan Filem Pendek.
Insyaallah kalau tiada aral melintang, aku akan cuba siapkan buku aku yang pertama ini sebelum Storytelling Workshop aku pada bulan Jun nanti agar dapat aku berikan kepada yang hadir.
Mungkin juga aku sudah bosan dan darah jebat yang mengalir mahu aku membuat derhaka kepada industri atau sememangnya kalau tidak digoyang pohon yang rendang, mana nak dapat buahnya.
Maka dengan itu aku sekali lagi mengorak langkah jantan berbekal kersani yang mengalir menjadi raksa mengisi ruang rongga tubuh aku agar aku bisa berdiri tegak dan segak bagaikan hero aku, Nasir Jani yang memecahkan pintu Finas kerana ingin perjuangan karyawan jelata dihargai.
Wahai belikat Tuah dan darah Jebat yang mengalir, aku seru semangatmu, berikan aku kekuatan mengharungi perjuangan yang baru bermula ini.




salam ajin,
nak tye ar..mcm mane nak burn video if aku guna dvd studio pro?
now problm skrg adalah,aku dah wat interface semua dvd menu untk short film aku,then bile burn…boleh play kat apple jew..kat windows xleh…
mcm mane nak jadikan dia mcm dvd video yg selalu jual kat kedai2?….aku kena submit benda ni hari ni sebenarnya…
kalau ko tahu….tolong ajarkan..
woo, dvd studio pro…
dtg jumpa aku bawa pengeras, baru blh turun ilmu…
nak ajar dlm ni pun susah kau nak faham nanti…