Dongeng Cincorot
// April 4th, 2009 // filem
Setiap cita cita yang disulamkan dengan kerja keras dan kejujuran pasti akan membuahkan hasil yang pasti akan menjadi satu sejarah.
Dongeng Cincorot Despereoux bercerita mengenai sebuah kerajaan yang mana pada setiap tahun ada satu hari yang disambut oleh rakyat secara besar besaran iaitu Hari Sup.
Berkisarkan sup inilah segalanya bermula dimana seekor tikus pelayar yang berhenti singgah mengikuti tuannya untuk melihat sanbutan Hari Sup berkenaan, tetapi sudah menjadi resam tikus yang mempunyai sifat gelojoh dan tidak menghiraukan nasihat maka terjadilah peristiwa sedih yang melanda kerajaan yang mulanya sangat permai dan riang.
Diharamkan segalanya kerana kesedihan yang melampau, tikus tikus yang dulunya boleh melihat matahari terpaksa bersembunyi karana takut dibunuh.
dan bermula pula kisah keluarga cincorot yang hidup dalam persembunyian. Dirahmati dengan kelahiran seekor concorot yang berani, bijak dan ikhlas dan mempunyai kelainan daripada kumpulannya, iaitu telinga nya seperti mickey mouse.
huhuhuhu, bijak pengarah mengunakan trademark agar watak despereoux boleh diingati sepanjang cerita.
Kerana sifat ingin tahunya, si cincorot telah dihukum untuk memakan buku buku lama dimana ia tidak memakannya malah mempelajari isi kandungannya dengan membaca isinya.
kalau nak cerita pasal dongeng ni, mengarut aku nanti tapi cerita ini harus ditonton oleh seisi keluarga. dan fahami isi cerita yang cuba disampaikan.
Aku berikan 5 keju bagi penceritaan.
Bagi pengiat pengiat animasi yang sekarang ini sedang berlumba lumba ingin membuat animasi, belajar, kaji dan struktur kan penceritaan itu dahulu sebelum angan menjadi kenyataan.
kalau mahukan aku menganalisakan cerita cerita anda semua, hubungi aku. Insyaallah aku sedia berkhidmat.





Ya ya, struktur cerita.
Cantik sahaja tak cukup. Adakalanya, buruk tapi sedap untuk ditonton.
Aku baru sahaja ditegur agar jangan menyamakan struktur penulisan skrip yang diamalkan oleh penulis skrip tegar siang tadi dan aku memberitahu bahawa sudah sampai masa batu nisan dipacak dihadapan pintu persatuan tersebut, jika masih mengunakan sistem penulisan zaman tok kadok tanpa mahu melihat kebaikan gaya penulisan baru, maka hingga kucing bertanduk sistem akan begitu, kaku dan bisu.
darah aku hampir mendidih.
weh…bila ko free? jom aa sembang. call aku
Aku minggu ni free…
boleh, nak sembang katner? YKS ok dak…
aku sms ko esok, sblm call kau…