Pembukaan

// February 4th, 2009 // coretan

Masa darah muda aku mengalir, orang tua tua cakap aku ni Anak Naga. Kenapa aku digelar begitu pun aku tak tahu, tapi aku sering naik angin dan cepat amuk, tapi secara peribadi aku ni suka menyendiri dan tidak ambil port pasal orang lain. Jangan aku diganggu sudah.

Ada suatu hari tu, aku naik angin disekolah agama rakyat dimana tempat aku belajar ilmu agama. Aku membelasah 7 orang murid lain yang menganggu aku sedang melukis dan lukisan aku tu dironyok dan dijadikan bola baling. Sedar sedar aku berada didalam surau bersama Ustaz Sallehudin, dia merawat aku dengan ayat ayat suci Al-Quran.

Ibu bapa aku datang menjemput aku, dan Ustaz sempat memberi pesanan kepada ibu dan ayah aku untuk membawa aku berubat. Aku tersenyum pulang, sedangkan murid dan guru guru lain merenung tajam ka arah aku dan ada yang berbisik bisik.

Sebelum dari itu, Ustaz sempat memberi aku beberapa petua kepada aku untuk meredakan api dalam diri aku ketika sedang marah, Ustaz memberitahu supaya mengamalkan Surah Pembukaan, Tiga Qul diakhiri dengan Ayat Qursi. Aku mengiakan sahaja tanpa mengendahkan ilmu yang diberi.

Masa berlalu.

Aku Khatam Al-Quran dan guru Quran aku memberi aku ilmu yang sama seperti Ustaz Sallehudin beri kepada aku cuma Guru aku memberitahu untu mengamalkannya selepas tahiyat akhir dan sebelum berdoa kepada Allah S.W.T. Darah muda masih mengalir aku sekali sekala sahaja mengamalkannya.

Hari Akhir Sijil Rendah Pelajaran diakhiri dengan ujian lisan bahasa melayu dan hari itulah yang menyedarkan aku betapa hebatnya ilmu yang diberi oleh kedua Ustaz aku itu. Sekumpulan pelajar Kalinga seramai 11 – 15 orang yang bising diluar bilik ujian lisan telah menaikkan rentak pencak darah muda aku.

Ketika itu aku sudah merasakan getaran getaran sedang menerobos masuk kesetiap rongga badan aku dan aku berada diluar sedar namun memikirkan aku sedang didalam ujian, aku cuba mengawal degupan jantung aku dan membaca surah surah yang Ustaz suruh aku amalkan.

Alhamdulillah aku bertahan sehingga pengawas mengizinkan pelajar keluar. Namun selangkah aku keluar dari dewan ujian aku telah hilang arah dan suara terakhir yang aku dengar adalah panggilan dari sahabat aku meminta aku menunggu.

Kali ini aku sedar, aku berada disebuah rumah milik tuan punya warung tempat aku bekerja selepas habis sekolah demi menyara duit sekolah dan duit sosial aku di jalan yahya al-datar. Terdapat seorang anggota polis dan guru tingkatan aku sedang menunggu aku sedar.

Diberitahu aku harus dibawa kebalai dan ibu bapa aku sudah pun dihubungi. Apa dah jadi dengan aku ini.

Masa berlalu.

Aku tamat pengajian tahap tali pinggang merah persilatan harimau diperumahan aku. Malam tu cuaca terang bulan dan awan kelihatan berarak dan majlis berjalan lancar hinggalah apabila tiba saat aku hendak menerima tali pinggang aku. Ketika jabat pendekar harimau berpaut, guru silat aku memberitahu Naga dalam diri aku sudah bertemu Regunya.

Dalam jabat dibawa bersila, guru memberi amanat bahawa setiap yang lahir dunia ini haqnya ada diakhirat. Apa yang kita terima hendaklah dijaga dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab umpama kita beriman pada yang lima menjaga dan mengawal didalam ruas buku berlima, percaya dalam jiwa enam langkah kunci mentera dan tertib melakukan 13 rukun peperangan alam barza.

Aku terpinga pinga, namun ketika itu aku disuruh oleh guru untuk membaca surah pembukaan diikuti dengan 2 surah Qul dan diakhiri dengan Ayatul Qursi dan dalam masa yang sama aku merasakan sesuatu yang sejuk dan panas sedang  bermain disetiap urat dan rongga badan aku dan akhirnya aku berasa sungguh segar seperti beluncas menjadi rama rama. Pesan terakhir guru adalah mengamalkan ayat yang aku baca tadi dalam setiap akhiran solat.

masa berlalu

Aku sudah tidak seperti dahulu namun tengah hari tadi aku berjumpa dengan rakan seguru aku iaiti Roy Azman aka starbuck dan jabat pendekar berpaut.Dia menegur bagaimana semangat Naga dan Harimau dalam semangat aku. aku jawab kedua duanya telah aku jinakkan dengan kalimah yang diberi.

Alhamdulillah.

Blog Widget by LinkWithin

8 Responses to “Pembukaan”

  1. Fuh, jangan kasik orang ini ‘terbakar’. Nanti Naga dgn Harimau dia bangkit.

    Hehe…

  2. sutradara says:

    api dah diberi sama rata pada waris, terutama yang no 2…
    rasa cmne mak abah aku rasa plak, ahaks…

  3. haha..aku nye no2 pon mencabar tahap ketenangan jiwa raga aku.

  4. sutradara says:

    dush, yeke mere…
    yg kecik ni terlebih bijak dan berani pulak…
    salah bagi susu ke?

  5. hehehe…faktor susu? ntah le bro

  6. sutradara says:

    aku syaklah…
    sebab susu skang mcm mcm khasiat ada dalam…

  7. kes terlebih khasiat? huhuhuh…hyper plak ek

  8. sutradara says:

    hyper tu satu, IQ macam terlebih pulak…
    aku skang mula observe anak bongsu aku…

Leave a Reply